Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Madu Kuantiti Kecil Bagi Diabetes – Kajian Glycemic Respon Kepada Madu dan Glukosa Pada Pesakit Diabetes Type 2

Terjemahan Langsung dari Journal link
J Pak Med Assoc. 2014 Jan;64(1):69-71.
Perbandingan respon glycemic (gula) pada madu dan glukosa pada pesakit diabetes type 2.
Objektif
Untuk membandingkan kesan glycemic 75 gram dan 30 gram madu asli dalam honey tolerance test berbanding 75 gram glukosa dalam pesakit diabetes type 2.

METHOD / CARA-CARA

Kajian secara eksperimen telah dibuat di Hospital Kolej Perubatan Jinnah , Karachi dan merangkumi 97 orang pesakit diabetes type 2 yang telah datang ke Jabatan Pesakit Luar di antara Mac dan Ogos 2011. Pesakit-pesakit secara rawak dibahagikan kepada kumpulan 1 (kumpulan 75 gram madu) , kumpulan 2 ( kumpulan 30 gram madu) dan kumpulan 3 (kumpulan 75 gram glukosa.

Sampel darah ketika puasa  , selepas 1 dan 2 jam. SPSS 11 digunakan bagi analisis statistik.

Keputusan :

Dari 97 pesakit , 62 (64%) adalah wanita dan 35 (36% adalah lelaki).

Umur antara 25-68 tahun). Kenaikan purata dalam glukosa darah selepas 2 jam dalam kumpulan 2 adalah 30mg/dl , kumpulan 1 – 85 mg/dl , dan kumpulan 3 , 170 mg/dl. Perbezaan adalah ketara secara statistiknya. Respon glukosa selepas 2 jam sangat rendah dalam kumpulan 2 (p<0.001) jika dibandingkan dengan kumpulan 1 atau kumpulan 2. Perbezaan yang ketara juga dilihat di dalam kumpulan 1 dan 3 (p<0.0001).

Tahap glukosa dalam plasma darah respon kepada madu berada pada tahap tinggi ketika 60 minit dan menunjukkan penurunan mendadak berbanding penggunaan glukosa , yang mana ianya menunjukkan tindak balas glycemic  yang rendah pada madu.

Sekumpulan kecil 3 orang pesakit (10.7%) juga menunjukkan glucose lowering effect (kesan mengurangkan glukosa) selepas dos rendah madu.

Kesimpulan 

Dos rendah madu boleh menjadi pengganti gula bagi pesakit diabetes.

Kesan Penggunaan Madu Asli Kepada Pesakit Diabetes : Klinikal Trial Secara Rawak Selama 8 Minggu

Terjemahan Langsung dari Journal NCBI

Author information

Abstrak
Objektif :
 Kami menyiasat kesan madu asli kepada berat badan dan beberapa index biokimia di dalam darah pesakit diabetes.
Method / Cara-Cara
Empat puluh lapan orang pesakit diabetes type 2 dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan : satu kumpulan madu mengambil madu asli selama 8 minggu dan kumpulan kawalan tidak mengambil madu.
Sebelum kajian dibuat dan selepas 8 minggu , berat badan diambil dan darah diambil ketika puasa.
Keputusan :
Selepas penyesuaian kepada nilai asas , tiada perbezaan ketara dalam gula waktu puasa di antara kedua-dua kumpulan.
Berat badan , Total kolesterol  , lipoprotein ketumpatan rendah (Kolesterol LDL) dan Triglyceride menurun (P = 0.000)
Manakala lipoprotein ketumpatan tinggi (koleterol HDL) meningkat mendadak dalam kumpulan madu (P<0.01)
Level Hemoglobin A(1C) meningkat mendadak dalam kumpulan ini. (P<0.01)
Kesimpulan
Keputusan dari kajian ini menunjukkan penggunaan madu selama 8 minggu akan memberikan kebaikan dalam menurunkan berat badan dan lemak dalam darah bagi pesakit diabetes.
Bagaimanapun , peningkatan hemoglobin A(1C) yang dilihat membuatkan pengambilan madu bagi golongan penghidap diabetes ini perlu diambil secara berjaga-jaga.

 

Madu Quad – Multiflora – Hutan

11144787_1595530047365069_3491752172015597555_o

Warna

Ianya berwarna coklat perang kegelapan dan sedikit kehitaman , dengan sifat telus cahaya , hadir dalam bentuk cecair likat.

Kandungan

Madu Asli Hutan Nusantara 100% tanpa campuran bendasing

Asal

Bersumberkan dari Hutan Asli Nusantara , dari jenis lebah Apis Dorsata (antara jenis-jenis lebah) , madu jenis ini memberikan kelainan dari segi rasa, aroma , tektur , dan warnanya.

11407035_1594747564109984_4846421045608378414_n

Sumber Madu

Lebah-lebah mengumpulkan nektar-nektar manisan dari pelbagai pepohonan bunga terpilih (yang dipilih oleh lebah-lebah sendiri) dalam penghasilan madu jenis ini

Konsistensi

Lembut di lidah , halus teksturnya , mudah dihadam dan dicerna.

Aroma

Hadir dengan haruman bunga dari pohonan yang menghasilkannya , unik yang tersendiri kerana setiap batch/stok , hadir dengan bau haruman pohon-pohon bunga yang menyegarkan.

Penghabluran

Ianya kekal cair dalam keadaan suhu bilik. Proses penghabluran/pengkristalan/menjadi mendakan sangat lambat apabila disimpan pada suhu bilik. Jika penghabluran terhasil , ianya halus dan terlihat pada bawah/floor sesuatu bekas.

Rasa

Jenis multiflora.Disebabkan ianya dari pelbagai sarang lebah dan dari jenis komuniti lebah berbeza , ianya mempunyai rasa yang unik dari satu batch ke satu batch yang lain disebabkan ianya dari pelbagai jenis bunga.

11425078_1594747570776650_5582887182950867282_n

Kelebihan

Bagi kebanyakan masyarakat awam yang masih tidak mempunyai sebarang penyakit, dengan 2 sudu pagi dan 2 sudu malam sudah cukup bagi meningkatkan stamina badan dalam menjalani kehidupan sehari-hari , bahkan bagi yang aktif di malam hari , ianya membantu dalam meningkatkan stamina lelaki dalam hubungan badan.

Selain itu, bagi yang mempunyai masalah dalam sistem penghadaman, madu ini membantu dalam merawat masalah dalam sistem penghadaman dan penyahtinjaan.

Satu sudu yang dijadikan kuah/colek mampu meningkatkan selera makan , membantu dalam pemprosesan makanan di dalam perut, seterusnya pengambil secara berterusan akan membantu dalam mengelakkan kesukaran penyahtinjaan (tahi keras).

Kajian dibuat pada beberapa orang pesakit kencing manis yang mana kaki mereka berada di proses akhir , dengan kata lain, mereka telah mengambil rawatan di Hospital ,dan disarankan agar kaki mereka dipotong tetapi sebahagian mereka menolak dan sebahagian lagi berusaha mencari alternatif lain.

Dengan kesabaran dan kesungguhan , mereka telah didressing/dibersihkan setiap hari dan dibalut dengan madu Quad pada proses akhir balutan setiap hari.

Hasilnya , luka yang sebelum ini sangat teruk dan menjijikkan , menampakkan hasil dengan proses kesembuhan yang menakjubkan.

Contoh kaki seorang pesakit yang kakinya didressing dengan madu Quad. jari yang mati dengan sendiri tercabut/terputus. Luka baik dengan sendirinya.

Contoh kaki seorang pesakit yang kakinya didressing dengan madu Quad.
jari yang mati dengan sendiri tercabut/terputus. Luka baik dengan sendirinya.

Bagi mereka yang dihinggapi penyakit , madu ini menjadi sumber antibiotik semula jadi disamping ianya membantu badan dalam melawan penyakit.

Madu dari pelbagai jenis bunga ini menjadikannya sumber vitamin dan mineral lengkap dalam mengembalikan keseimbangan badan.

Bagi yang mementingkan keaslian bahan dalam mencari supplement/makanan tambahan, madu Quad termasuk dalam senarai makanan tambahan dalam membetulkan nutrisi harian.

Bagi golongan berada , madu Quad menjadi bahan pencuci wajah semula jadi yang mana ianya dijadikan masker/penutup wajah.

Sesudu madu disapukan pada keseluruhan kulit muka, dan dibiarkan sekitar 20-30 minit. Kemudian , wajah dibilas dengan air , airnya boleh dijadikan air siraman pepohonan. Wajah selepas bilasan air madu terasa kental , segar , dan menyegarkan. Apabila ianya diamalkan, ianya menghaluskan kulit dan mengurangkan kesan parutan jika disapukan pada bahagian luka yang sedang ingin menyembuh.

Bagi yang berkira-kira apakah pengganti gula terbaik, madu Quad dijadikan pengganti gula sebagai manisan bagi sesuatu minuman.

Baunya yang menyegarkan juga hadir dengan haruman bunga yang pelbagai, ianya membangkit nafsu selera dalam menikmati sesuatu hidangan yang ditambah madu ini kedalamnya.

Keaslian :

Melepasi ujian keaslian madu di Makmal UNIPEQ UKM

Harga :

500 gram : RM 65

900 gram : RM 100

Cash On Delivery : Tawau

Hubungi / Mesej / Whatssapp

011 1694 0078 : Syazwan

011 1694 0078 : Syazwan

011 1694 0078 : Syazwan

Sungguh , luasnya kasih sayang Allah dalam memberikan jalan ikhtiar buat hamba-hambanya.

Mencari Kebenaran – Madu Asli dan Palsu

Bagaimanakah kita ingin mengetahui bahawa satu-satu madu itu 100% madu asli atau telah diubah atau memang bukan asli?

Madu tiruan adalah bermaksud sama ada madu asli dicampurkan dengan ”gula” peratusan kebiasaan 30% madu asli dan 70% gula. Gula ini boleh jadi , glukosa, dextrosa , molasses (produk dari pemprosesan dari tebu,anggur atau bit gula), sirap jagung , sirap gula , invert sugar (campuran glukosa dan fruktosa), tepung , kanji atau mana-mana produk yang menyerupai , selain dari nektar bunga yang dikumpul , diproses dan disimpan di dalam sarang lebah oleh lebah. Standard undang-undang dan keperluan dalam makanan, termasuk kualiti madu , dan pengujian terhadap madu tiruan terlalu pelbagai untuk setiap negara, dan ada sebahagiannya tidak menyebabkan ketidakpuas hatian bagi sesetengah pengguna.

Persoalan ini sering timbul di kalangan pembeli yang bimbang tertipu atau terbeli yang bukan asli. Yang mana mengakibatkan madu yang sepatutnya menjadi ubat berubah menjadi racun yang mnegembangkan penyakit atau langsung tiada apa-apa kesan sehingga membuang duit begitu sahaja membeli gula yang disangkakan madu.

Hasil dari penipuan terhadap madu bukan kecil, tetapi ianya mengakibatkan seseorang tidak yakin pada Allah dan Rasul , kerana Allah menyebutkan bahawa madu itu ”فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ” – padanya penyembuh bagi manusia manakala Nabi   صلى الله عليه وسلم telah bersabda “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل : ”penyembuh itu pada tiga : minum madu ….” .

Apabila seseorang itu minum madu dan hasil yang didapati adalah tidak berkurangnya penyakit atau tiada kesan padanya atau bertambahnya penyakit dirinya, maka , dalam hati kecil akan berkata , ‘tak jadi apa-apa pun.” atau lebih parah lagi , akan diwar-warkan bahawa ”madu takde kesan apa-apa dan buat penyakit je” ucapan ini diwar-warkan pada orang lain , seolah-olah sudah menyebut bahawa apa yang Allah katakan itu tidak benar dan Nabi itu palsu dalam kata-katanya sedangkan yang dimakannya itu bukan madu hanyalah gula yang diubahsuai. Nauzubillah.

Ibnu Al-hasan pernah meriwayatkan dari Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Nabi    صلى الله عليه وسلم bersabda :

Nikmat yang pertama diangkat dari bumi adalah madu. ( Rujuk kitab taarikh Asbahaan)

Jadi di sini, kami , sebagai peniaga dan pengguna madu (alhamdulillah ,setakat ini setiap hari kami minum madu) dari pelbagai jenis dan rasa , dari beberapa benua , cuba kongsikan sekadar pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kami bagi kalian pembeli atau pengguna madu mendapatkan madu yang asli.

Di sini beberapa tips walaupun ianya bukan 100% pengujian asli atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit gambaran pada pembeli @ pengguna madu, in sya allah.

0 – Lidah

Jika kalian sudah biasa dengan madu (merasa lebih 50-100 kali madu yang benar-benar asli) , maka lidah kalian tidak akan boleh tertipu lagi selepas itu. Ini cara paling mudah dan asas dalam pengujian madu.

1 – Bentuk Sarang Lebah dalam air – Hexagon.

Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui.

Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata.
Masukkan air kosong/jarang (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas/pinggan.

pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan.
Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon. (sekitar 1 minit )
Ada kala, bentuk hexagonnya memang persis seperti hexagon sarang lebah.
Dan ada kala , bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah, tetapi masih hexagon.

Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama madu asli.

Madu di tengah piring

Madu di tengah piring

bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika

bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika

** untuk madu yang kristalized (menghablur) , kami juga telah mencubanya, setakat ini juga jadi bentuk hexagon.

cuma lebih kecil dan lebih rapat.

Boleh rujuk di link you tube kami di sini —> tekan sini

2 – Kertas Putih

Ambil pencungkil gigi atau sudu, celupkan pada madu dan titiskan di atas tengah kertas putih.
Lihat kesan pada kertas putih di keliling madu.

Madu asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas.

Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak.

Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan.

Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu.

Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya.

Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan , kebiasaanya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.

Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas

Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas

kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari

kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari – boleh lihat perbezaan

3 – Air Kosong / Jarang

Ambil segelas kaca yang tembus dalam , dan masukkan air kosong/air jarang ke dalamnya.

Ambil sesudu penuh madu dan kemudian titiskan  ke dalam air.

Madu asli akan terus turun ke dasar cawan, dan madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai dasar cawan.

Bagi memastikan bahawa madu yang kalian ada adalah asli , ketiga-tiga test ini, jika dibuat , in sya allah , memberikan hampir 100% kepastian yang ianya adalah asli.
Untuk test bentuk sarang lebah itu sebenarnya sudah memadai jika dibuat. Kerana tiruan tidak akan dapat membuat bentuk yang sama , bahkan tidak akan terbentuk sama sekali.

3 test yang pertama ini, mudah, cepat dan tidak memerlukan kos tinggi , hanya kerajinan sahaja diperlukan.

—————————————————————–

Bagi test yang kemudian ini, memerlukan sedikit kos.

4 –  HMF(Hydroxymethylfurfural)

HMF adalah hasil pemecahan produk dari fruktosa ( satu dari komponen utama gula dalam madu) yang terbentuk secara perlahan ketika penyimpanan dan sangat cepat terbentuk apabila madu dipanasakan. kandungan HMF yang ada di dalam madu menyebabkan ianya digunakan sebagai satu panduan dalam menentukan waktu penyimpanannya dan jumlah kepanasan yang telah digunakan. Pembentukan HMF dan pengumpulannya di dalam madu sangat berbeza bergantung pada jenis madu. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan yang ianya telah melalui proses pemanasan melampau ketika proses pengasingan.

Madu yang dijual dalam jumlah besar biasanya perlu dibawah 10 -15 mg/kg untuk membolehkan selanjutnya diteruskan dan memberikan waktu shelf life sebelum mencecah paras 40mg/kg.

Ianya bukanlah suatu yang pelik bagi madu yang dijual/berada di negara yang panas (khatulistiwa/savana) kandungannya HMF nya setinggi 100mg/kg. Ini selalunya disebabkan suhu yang tinggi (lebih 35’C) dimana madu terdedah pada suasana persekitaran yang panas.

Beberapa negara termasuk Malaysia, meletakkan satu penanda aras untuk kandungan HMF yang diimport. Jika melebihi paras yang ditentukan, madu diiktiraf sebagai tidak asli dan akan ditahan di bawah kastam Malaysia dan tidak dibenarkan untuk dijual kepada umum. Kalian juga boleh cuba melihat pada warna madu kerana kadang-kadang ianya memberikan suatu penanda aras terhadap kualitinya, kerana madu menjadi semakin gelap dalam proses penyimpanan dan pemanasan.

Paras HMF yang tingg ( lebih dari 100 mg/kg) menunjukkan yang ianya campuran atau telah dicemari dengan inverted sugar.  Gula tebu atau sukrosa , boleh ”inverted” dengan memanaskan asid makanan , dan proses ini membentuk HMF. Banyak makanan yang manis yang ditambah bersama siran jagung yang tinggi fruktosa seperti minuman ringan bergas, boleh mempunyai HMF setinggi 1000 mg/kg.

HMF ini untuk diketahui perlu di hantar ke makmal untuk diuji dan sedikit kos ringgit perlu dikeluarkan untuk membuat ujian mengenainya.

5 – Chloramphenicol dalam Madu

Chloramphenicol merupakan  antibiotik jenis spektrum luas yang mula diperkenalkan pada tahun 1949.
Dalam pembuatan madu tiruan mereka menambahkan antiobiotik jenis ini (kebiasaaan) bagi menghasilkan madu tiruan.

Dos sebenar yang diperlukan oleh manusia tidak diketahui tetapi penggunaannya pada jangka waktu yang panjang (pengambilan madu tiruan yang ada antibiotik ini) , boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan ubat ini yang diketahui.

Antara kesan sampingan adalah -pemakan madu tiruan ini akan mendapat penyakit – aplastic anemia , bone marrow suppression , leukimia dan beberapa penyakit berkaitan darah.

Maka berhati-hati terhadap pengambilan madu yang tiruan.

Untuk yang dibawah ini , yang masih menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat sendiri

6 – Crystallized / Hablur / Granulated Madu

Sering menjadi salah anggapan dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan.

Kebenarannya adalah madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) , sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal , lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana.

Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga , jika lebah mengambil nektar darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain.

Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan

  1. Ratio glukosa dan fruktosa
    Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur
  2. Kandungan air dalam madu
    Kandungan air dalam madu adalah dari 15% sehingga 25% bergantung pada iklim dan kelembapan kawasan.
    Jika kandungan air antara 15-20% , ditambah faktor glukosa yang tinggi, madu cenderung untuk menghablur.

Bagi negara di Nusantara , suasana persekitaran yang dikelilingi laut dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi , ini menyebabkan madu di kawasan ini kebiasaan dalam lingkungan 20-25% kandungan air dalam madu yang menyebabkan madu dari negara ini tidak cenderung untuk menghablur.

Apabila dua faktor ini ada dalam satu-satu madu , dan madu disimpan dalam suhu antara 0 – 25’C – kecenderungan madu untuk menghablur adalah tinggi.

Jenis hablur yang dihasilkan pula adalah bergantung pada tahap atau besarnya jarak/beza antara kandungan glukosa berbanding fruktosa.

7 – Madu dan Semut

Ada sebahagian dari pengunjung kedai kami sangat kuat berpegang bahawa semut tidak akan menghurung madu asli. Sebenarnya kepercayaan ini sudah berakar umbi sedangkan kita masih memikirkan atau sukar untuk memahami kerana apa semut lebih suka gula (madu tiruan) berbanding madu asli?

Sedangkan ada tempat yang memang tiada semut , dan ada kawasan memang banyak semut.

Fakta asas yang kita ketahui adalah, semut suka pada manisan.

Beberapa kajian atau teori berkaitan madu dan semut ini.

Ada yang menyebutkan bahawa di dalam madu itu ada enzim yang mana dengan kehadiran enzim ini semut tidak akan datang , dan apabila enzim ini terhapus (disebabkan suhu tinggi/persekitaran yang panas) , maka semut akan mula menghurung.

Pendapat lain pula mengatakan, bahawa di dalam madu adanya kuprum dan sulfer, jika madu mempunyai dua kandungan ini dengan aras yang tinggi , ianya menghasilkan haba yang tidak disukai semut. Jika kandungan madu tersebut rendah kandungan kuprum dan sulfurnya, semut akan hurung.

Secara jujurnya dalam pengetahuan kami , kualiti atau tiruan atau aslinya sesuatu madu itu tidak bergantung pada semut menghurungnya atau tidak.

Pelbagai Jenis Madu

Kehidupan di bumi Rusia , walau masyarakatnya ramai tidak bertuhan tetapi buminya itu tetap milik Allah , dari sana kami melihat salah satu nikmat dan rahmat Allah di atas muka bumi ini , telah benar dahulu kini dan selamanya kata-kata Allah bahawasanya, madu itu pelbagi jenis warna dan pada setiap satu itu ada penawar bagi manusia.

Pelbagai Jenis Warna dan Rasa Madu Yang Ada di Stor kami

وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68)

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬  لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan , serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu.  akan keluar dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

 

** jika ada yang berminat dengan madu , boleh lihat page facebook kami di https://www.facebook.com/kedaimadu

hubungi – 017 873 1030  , berpusat di banting.
hujung minggu di shah alam in sya allah.

Mengapa Kami Lebih Utamakan Bayaran Guna Emas dan Perak Berbanding Kertas Ringgit?

Ramai yang bertanyakan kepada kami mengapa harga madu yang dijual di kedai kami tiada harga di dalam ringgit?

dan mengapa harga ringgit perlu dicari di laman lain berbanding harga dalam bentuk emas dan perak boleh terus diketahui dan tidak ringgit terus ditulis?

 

Dan ada yang mengatakan kami mengambil jalan kuno , zaman firaun menggunakan emas-emas ni.dan sekarang zaman elektronik , duit boleh dihantar hanya tekan telefon bimbit sahaja.

 

dan senarai pertanyaan dan pertanyaan boleh ditulis satu demi satu.

 

Maksud Wang di sisi kami

 

Sebelum menjawab pertanyaan-pertanyaan itu semua, suka kami kongsikan pandangan kami berkaitan apa maksud wang/duit kepada kami.

 

Bagi kami duit @ wang adalah sebarang bentuk barang yang digunakan sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusan lain.

 

Dan bagi kami , wang juga berfungsi sebagai

2 – pengukur nilai kerja @ keringat manusia dan barang,

3 – menjaga dan menyimpan nilai @ kuasa beli

4 – unit akaun

5 – piawaian sebagai rujukan membayar hutang

 

Jadi, sebarang bentuk barang @ benda yang mempunyai cukup sifat kesemua perkara ini , boleh dijadikan sebagai wang.

 

Jika dilihat pada sisi duit ringgit kertas , ianya mempunyai kesemua ciri tersebut, melainkan nombor 3 , ianya tidak menyimpan nilai dan kuasa beli.

 

Saya ambil contoh mudah , pada tahun 2000 , harga seekor kambing dijual pada harga RM 120-200 seekor (bergantung pada jenis dan baka) , dan hari ini , harga seekor kambing adalah dari RM 600 sehingga RM 800.

Jika disimpan RM 200 dari tahun 2000 , RM 200 tersebut hanya boleh membeli 1/4 bahagian kambing sahaja pada hari ini.

 

Ini bermakna kuasa membeli ringgit sudah berkurang sebanyak 75% dari nilai asal , atau harga barang sudah naik sekitar 300%.

 

Ambil contoh lain , seekor ayam pada tahun 2000 , harganya hanyalah sekitar RM 4-5/ekor.Pada hari ini, ayam-ayam di pasar harganya dalam lingkungan RM 10-RM 15 (bergantung pada berat)

 

Maksudnya , RM 4 yang disimpan pada tahun 2000 , hari ini hanya boleh membeli 1/2 ekor ayam sahaja.kuasa membeli sudah hilang lebih 50%.Jadi , duit kertas hari ini, tidak berjaya berfungsi sebagai duit sepenuhnya disebabkan kuasa membelinya atau nilainya semakin susut dan susut.

 

Kita ambil contoh kuasa beli untuk emas.

 

Pada tahun 2000 , harga emas di pasaran adalah RM 36/gram , dan harga 1 dinar emas (4.25 gram – 4.44 gram) harganya dalam ringgit adalah sekitar RM 140 sehingga RM 160.Dengan harga demikian , 1 dinar boleh membeli 1 ekor kambing.

 

Pada hari ini, harga emas di pasaran adalah sekitar RM 160 sehingga RM 180 – dan harga 1 dinar emas sekitar RM 160-180/gram   menjadikan 1 dinar bersamaan sekitar RM 680 sehingga RM 770.Dengan harga emas sedemikian, maksudnya, 1 dinar emas masih boleh membeli seekor kambing.Dalam masa 12 tahun , seekor kambing masih boleh dibeli dengan 1 dinar.

 

Tapi tahukah kalian , berkaitan satu hadis pada zaman Nabi , berapakah harga seekor kambing?

 

 

Dari riwayat Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah sollallahu alaihi wasalllam memberi kepadaku satu dinar dan

berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.”

Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga akudapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambingtersebut.

Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawaseekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

 Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telahaku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

 

Dengan maksud lain , harga kambing 1400 tahun yang lampau , 1 dinar juga boleh membeli 1 ekor kambing.Kuasa beli ini kekal selama 1400 tahun sehingga hari ini.Maksudnya , emas itu memang penyimpan nilai dan pengukur harga barang.

 

Kalian juga boleh cuba rujuk harga perak 12 tahun sudah dengan harga perak atau dirham pada hari ini, maka kalian juga akan mendapati bahawa perak juga mengekalkan kuasa membelinya sehingga hari ini.

 

Kes Kedua

 

Kami sebelum memulakan perniagaan, kami juga mengambil faktor sunnah.

 

Dan kami meneliti dan membaca sejarah, di sana kami mendapati, bahawa duit-duit atau wang di zaman silam , wang di zaman para Nabi adalah dari emas dan perak.

 

Pada era Nabi Yusuf Alaihissalam – duit perak digunakan sebagai wang – boleh rujuk surah yusuf – ayat 20.

Baginda Nabi Yusuf setelah dicampak ke dalam perigi oleh adik beradiknya, kemudian dijumpai oleh pedagang-pedagang yang menjual baginda dengan beberapa keping syiling dirham (perak) sahaja.

 

Selepas itu, dibawakan kepada kita kisah Ashabul kahfi , pemuda-pemuda yang beriman yang diuji Allah dengan zaman yang penuh dengan kesyirikan pada Allah , mereka ditidurkan selama lebih 300 dan ditambah 9 tahun.Mereka bangkit dari tidur , membawakan duit perak mereka yang dinamakanwariq ke pasar – surah alkahfi – ayat -19.

 

Selama 300 tahun lebih , duit perak masih kekal perak dan tidak luntur.

 

Dan kemudian , Allah sendiri menegaskan di dalam surah Ali Imran (keluarga Imran) bahawa fitrah manusia itu sukakan emas dan perak …..ayat 14.

 

Kesimpulan

 

 

Dan dilihat dari sirah Nabi Muhammad solllallahu alaihi wasallam , lebih banyak hadis dan riwayat berkaitan muamalat di zaman baginda.

 

Pembacaan dan pengetahuan tentang Nabi dan Para sahabat tidaklah membuatkan melainkan meningkatkan rasa kami untuk menghidupkan semula salah satu sunnah mereka dalam muamalat.

 

Bagi kami, cukuplah sekadar dua sebab utama di atas yang menyebabkan kami lebih mengutamakan emas dan perak sebagai bayaran kepada produk yang kami tawarkan.

 

Tiadalah niat di hati kami ingin menyusahkan atau menyukarkan manusia melainkan kami ingin sama-sama membawa kalian pada jalan sunnah terdahulu.Kami masih menerima ringgit kertas jika itu menjadi pilihan kalian , dari apabila kami mendapat kertas itu, kami tetap akan tukarkannya kepada emas @ perak in sya allah.

 

Tiada kami cintakan melainkan rasa rindu dan kasih kami pada Para Nabi dan golongan terawal , dengan kecintaan dan rindu itulah kami ingin kembalikan dan mengikuti sunnah dan perlakuan mereka dari segi kehidupan , keluarga, muamalat (bahasa hari ini ekonomi) dan seterusnya sama- sama mencari redha dan cinta Allah.

 

Semoga usaha yang kecil ini Allah permudahkan dan lancarkan urusan kami dan kalian semua.

 

Wallahu A3lam.

 

Allah sebaik-baik pemberi rezeki dan kami serahkan rezeki kami di tangan-Nya.

Madu Asli Dari Serata Ceruk Rusia Sedia DiExport ke Malaysia

Madu Asli dari pelbagai tempat serata rusia , dikumpul langsung dari penternak lebah ada juga dari hutan dan gunung.

in sya allah, sudah sedia untuk dihantar ke Malaysia.

from saratovskaya oblast. , varonezhkaya oblast. , tambovskaya oblast.

1 – мед чернокленовый – madu cernoklenovie
2 – мед каштановый – madu kashtan
3 – мед акация – madu akasia
4 – мед лесной – madu lesnoi (hutan)
5 – мед цветочочный – madu bunga
6 – мед кориандровый – madu koriandroviy
7 – мед горный -madu gorniy (gunung)

 

satu tong sekitar 29-35 kg

satu tong sekitar 29-35 kg

 

Certificate - Lab Diagnosis berkaitan intipati madu-madu yang diambil.

Certificate – Lab Diagnosis berkaitan intipati madu-madu yang diambil.

 

sijil keaslian dan ketulenan madu serta pengakuan bebas dari penyakit berjangkit (infectious disease) dari Badan Veterinar.

sijil keaslian dan ketulenan madu serta pengakuan bebas dari penyakit berjangkit (infectious disease) dari Badan Veterinar.