Archive for the ‘Madu – umum’ Category

Kisah-kisah Yang Berkaitan Lebah dan Madu

1 – Kisah Penurunan Surah Attahrim

Ubaid Bin Amir berkata , aku mendengar Aisyah berkata : bahawa satu hari Nabi صلى الله عليه وسلم pernah singgah di rumah Zainab Binti Jahsy (salah seorang isteri baginda) dan minum madu di situ. Lalu aku dan Hafsah saling berpesan , bahawa siapa saja yang ditemui Nabi hendaklah ia berkata : sungguhnya aku mendapati darimu bau maghafir ( sejenis getah yang keluar dari pohon terntentu yang mengeluarkan bau ). Apakah kamu baru makan maghafir?.

Maka telah masuklah Nabi صلى الله عليه وسلم menemui salah seorang dari keduanya dan ia mengungkapkan kalimat itu pada baginda nabi.

Maka baginda bersabda : tidak , bahkan aku telah minum madu di sisi (di rumah) Zainab Binti Jahsy dan aku tidak akan mengulanginya ( ayat Lan bermaksud = tidak untuk selama-lama).

Setelah itu turunlah ayat : ”wahai nabi mengapa kamu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan…sehingga ayat ..jika kalian berdua bertaubat pada Allah…” yakni bermaksud Aisyah dan Hafsah. Untuk ayat ” dan…” ketika Nabi berkata rahsia pada sebahagian isterinya ”…, ianya terkait dengan sabda baginda : Bahkan aku hanya minum madu.

Sahih Bukhari – bab talaq

2 – Kisah di Medan Maa’ Ar-raji’

Ada dua suku kecil iaitu suku Udhal dan Qarrah yang memusuhi Islam dan bercita-cita untuk menyerang kota madinah.

Pada satu hari, mereka menghantar wakil ke Madinah dengan berpura-pura Islam dan memohon agar dihantar kepada suku mereka orang yang boleh mengajarkan Islam pada mereka. Permohonan mereka telah diminta oleh Nabi صلى الله عليه وسلم jaminan keselamatan terhadap utusan yang dihantar. Dengan itu, baginda telah menghantar enam orang yang diketuai oleh Asim bin Tsabit yang satu ketika di medan Uhud telah membunuh dua orang musyrikin pemegang bendera.

Apabila delegasi kecil ini sampai di tempat suku Udhal dan Qarrah, 200 tentera berkuda siap kelengkapan mengepung mereka. Berlaku pertempuran 200 orang melawan 6 orang sehinggakan 3 orang syahid dan 3 orang lagi ditawan.

Dari 6 orang wakil itu, tiada siapa yang berani menghampiri atau melawan Asim bin Tsabit. Jika didekati pasti terkena serangan dari beliau. Mereka memanah Asim dari jauh. Setelah Asim jatuh syahid, mereka menginginkan agar kepala Asim dipenggal dan ingin menebusnya dengan tawaran emas yang ditawarkan oleh Sulafah.

Semasa hidup , Asim telah bersumpah bahawa beliau tidak akan menyentuh kulit orang bukan Islam dan tidak membenarkan orang bukan Islam menyentuh kulitnya.

Ketika beliau sudah syahid , sumpahnya dikabulkan Allah. Sekumpulan lebah telah menghurung jasad Asim sehinggakan orang kafir tidak berjaya mendekatinya apatah untuk memenggal kepalanya. Mereka menunggu sehingga malam, kerana kebiasaan lebah akan kembali ke sarang pada waktu malam.

Tiba waktu malam, hujan turun dengan lebatnya sehinggakan jasad Asim dihanyutkan air hujan yang turun. Jasadnya hilang dari permukaan bumi, tidak ditemui . Peristiwa ini telah menyebabkan beliau digelar dafinullah dafinul malaikah yang bermaksud orang yang dikebumikan Allah dikebumikan oleh para malaikat.

Tiga orang sahabat lain yang ditawan telah dibawa ke Makkah untuk ditukarkan dengan orang suku Udhal dan Qarrah yang ditawan oleh orang kafir Quraisy. Dalam perjalanan, Abdullah bin Thariq berjaya melepaskan diri dari ikatan dan telah mengambil pedang menentang kumpulan yang membawanya. Penentangannya menyebabkan beliau gugur syahid.

Dengan itu, kini tinggal dua orang sahaja tawanan mereka dari kalangan sahabat , iaitu Zaid bin Dasinnah  dan Khubaib bin Adi.

Mereka diserahkan pada kafir Quraisy untuk dibunuh. Sebelum dibunuh , Zaid telah ditanyakan oleh Abu Sufyan (Presiden/Ketua Negara Makkah di waktu itu) : ” wahai Zaid , apakah kau mahu jika tempatmu sekarang ini digantikan oleh Muhammad dan kamu dilepaskan?”

Zaid berkata : ” demi Allah , aku tidak mahu walaupun Muhammad tercucuk duri di tempatnya ketika aku dibunuh di sini.”

Kemudian , Abu Sufyan memberikan pengakuan bahawa :’ ” Aku tidak pernah melihat kecintaan seorang manusia kepada manusia lain seperti sahabat-sahabat Muhammad mencintai Muhammad.”

3 – Kisah Sahabat Yang Sakit Di Dalam Perut

Telah menceritakan kepada kami Ayyas bin Alwalid telah menceritakan kepada kami Abdul A’la telah menceritakan kepada kami Sa’id dari Qatadah dari Abu almutawakkil dari Abu Sa’id bahawa seorang laki-laki datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم sambil berkata : ” Saudaraku sedang menderita sakit perut.”
Baginda bersabda : ” minumlah madu.”

Kemudian laki-laki itu datang kedua kalinya lalu baginda tetap bersabda , ” minumlah madu.”

Kemudian laki-laki itu datang ketiga kalinya lalu baginda tetap bersabda  , ” minumlah madu.”

Kemudian dia datang lagi sambil berkata : ” aku telah melakukannya.”

Maka baginda bersabda ,” Maha Benar Allah dan perut saudaramulah yang berdusta , berilah minum madu.”

Lalu dia memberinya (saudaranya) minum madu dan sembuh.

hadis riwayat Bukhari , dalam bab perubatan.

*hadis ini salah satu bukti bahawa dalam perubatan menggunakan madu , memerlukan dos yang secukupnya bagi memberikan kesan pada badan.

Madu dalam Alquran dan Hadis

 

 

1 – Telah disebut didalam alquran berkaitan madu di dalam surah Muhammad ayat 15 :

 

مَّثَلُ ٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلۡمُتَّقُونَ‌ۖ فِيہَآ أَنۡہَـٰرٌ۬ مِّن مَّآءٍ غَيۡرِ ءَاسِنٍ۬ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّن لَّبَنٍ۬ لَّمۡ يَتَغَيَّرۡ طَعۡمُهُ ۥ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّنۡ خَمۡرٍ۬ لَّذَّةٍ۬ لِّلشَّـٰرِبِينَ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّنۡ عَسَلٍ۬ مُّصَفًّ۬ى‌ۖ وَلَهُمۡ فِيہَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّہِمۡ‌ۖ كَمَنۡ هُوَ خَـٰلِدٌ۬ فِى ٱلنَّارِ وَسُقُواْ مَآءً حَمِيمً۬ا فَقَطَّعَ أَمۡعَآءَهُمۡ (١٥

 

Misalan/perumpaan/Sifat/perbandingan Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa : Ada padanya

-beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan

-beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta

-beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga

-beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan

ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya)

sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?  (15)

 

2 – Telah disebut pula di dalam surah Lebah , ayat 68-69

وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)

 

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)

 

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. (68)

 

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

 

 

3 – Disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari – Nabi  صلى الله عليه وسلم bersabda : (asal sabda nabi di dalam bahasa arab, hanya ini sebagai terjemahan, yang seeeloknya dirujuk bahasa arab)

 

وقال الرسول: “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل و شرطة محجم و كية بنار ,وأنا أنهى أمتي عن الكي “. (رواه البخارى في الصحيح)

”syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu , berbekam , dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”

4 – Di dalam kitab hadis sunan ibnu Majah disebut, baginda Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda

 حدثنا محمود بن خداش حدثنا سعيد بن زكرياء القرشي حدثنا الزبير بن سعيد الهاشمي عن عبد الحميد بن سالم عن

 أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء

 

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم :

siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.

(yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut)

 

5 –  وعند الحاكم وابن ماجة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: عليكم بالشفاءين العسل والقرآن.

Riwayat Alhakim dan ibnu majah  : dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran

6 – (حديث مرفوع) حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْغَسِيلِ ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ ، قَالَ : سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ أَوْ يَكُونُ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ : فَفِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ ، أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ ، أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ ، تُوَافِقُ الدَّاءَ وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِيَ “

 

di dalam sahih bukhari : dari Jabir bin Abdullah  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا berkata, aku mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : jika pada sesuatu yang akan mengubati kami atau pada sesuatu yang baik dalam mengubatimu : pada berbekam , atau minum madu atau besi api (panas – terjemahan dalam bahasa inggeris – cauterized)

 

 

**mungkin di sana , masih banyak hadis-hadis di dalam kitab-kitab sahih yang lain, yang tidak mampu dicapai oleh saya.di sini apa yang termampu dicari oleh saya dan mungkin in sya allah, jika mendapat rujukan lain, artikel ini akan ditambah baikan.

Perbandingan Madu dan Gula Proses

 

Madu dan Gula. Apakah perbezaan mereka?

 

Keduanya-duanya adalah manisan. Dalam proses pembuatan gula, asid organik, protein , elemen nitrogen , enzim dan vitamin di dalam gula tebu musnah sama sekali , manakal , madu , yang merupakan manisan semula jadi , kandungan di dalamnya termusnah apabila terdedah pada kepanasan melampau @ dipanaskan.  Bagi madu , di dalamnya terdapat kelebihan dari sudut sebagai antioksida dan ciri-ciri antimicrob yang mana kedua-duanya tiada di dalam gula proses.

 

Di sini ada beberapa perkara atau fakta yang boleh dikongsi bersama berkaitan kelebihan mengambil madu berbanding gula :

Pertama : 

Gula proses merupakan sukrosa , yang mana , ianya dari dua molekul yang bercantum. Apabila kita memakan gula/ menggunakan gula , perut kita perlu menggunakan enzimnya sendiri untuk memisahkan dua molekul ini sebelum ianya tersedia untuk digunakan tenaga yang terhasil darinya.

Bagi madu, ianya berbeza. Lebah pada awal lagi telah menambah enzim yang istimewa pada nektar yang disedutnya yang memisahkan sukrosa kepada molekul asasnya, glukosa dan fruktosa – dua mokelul gula ringkas untuk badan kita serap secara terus.

 

Kerana itu, apabila membuat perbandingan antara madu dan gula , madu merupakah Glycemic Index (GI) yang lebih sihat , yang menyukat kesan negatif satu-satu makanan terhadap tahap darah-glukosa. Semakin rendah nilai GI, semakin perlahan penyerapan dan penembusan gula ke dalam darah dan ianya semakin perlahan-lahan dan sihat proses penghadaman.

 

 

Kedua :

 

Kandungan gula yang kosong dari mineral dan vitamin ( ianya selalu disebut kalori kosong /empty calories) , menyebabkan ianya (gula) menarik nutrien dari badan untuk dimetabolismakan (digunakan/dihancurkan) ke dalam sistem (sistem penghadaman).

Apabila semua nutrien ini digunakan , proses metabolisme terhadap kolesterol dan asid lemak terhalang , menyumbang kepada kolesterol yang lebih tinggi dan menggalakkan obesity (lebihan berat badan) disebabkan oleh asid lemak yang lebih tinggi dalam organ-organ dan tisu-tisu. Kerana itulah ,  bukan sesuatu yang luar biasa apabila orang yang gemuk (berisi/lebih berat badan) untuk mengalami malnutrisi (nutrisi tidak seimbang) dan banyak lagi masalah kesihatan.

Mesejnya di sini adalah, apabila berlaku pertembungan antara madu dan gula , jika kalian melihat pada masalah berat badan , madu merupakan pemilihan yang lebih bagus berbanding gula kasar/gula proses.

 

Selain perbezaan di dalam nutrisi, pandangan saya sendiri , gula tidak boleh berlawan dalam bahagian rasa berbanding madu.  Walaupun keduanya merupakah manisan , madu mempunyai rasa yang unik dan asli yang mempunya banyak kelebihan dan lebih bagus berbanding pelbagai jenis makanan lain dan manisan lain.

 

Jika melihat pada kepelbagaian jenis pohon bunga di atas muka bumi ini, kalian boleh merasakan pengalaman yang sangat luas dan unik bagi setiap perbezaan madu. Perbezaan ini membolehkan kalian lebih ingin untuk mempelbagaikan atau membuat satu keunikan dalam bidang masakan dengan penambahan madu sebagai meningkatkan kualiti rasa pada satu-satu makanan ,dan ini membuahkan suatu seni dalam bidang masakan.

Campuran Madu , Minyak Zaitun dan Sarang Lebah Selamat dan Berkesan Untuk Buasir dan Anus Terbelah

Abstract Title:

 Keberkesanan dan Keselamatan dalam pengurusan buasir dan Anus terbelah (anal fissure) menggunakan campuran madu, minyak zaitun dan sarang lebah.

 

Sumber Abstrak :  ScientificWorldJournal. 2006 Feb 2;6:1998-2005. PMID: 17369999

 

Penulis :

Noori S Al-Waili, Khelod S Saloom, Thia N Al-Waili, Ali N Al-Waili

Kajian :

 Kami telah mendapati bahwa campuran madu, minyak zaitun dan sarang lebah adalah berkesan dalam merawat diaper dermatitis ( radang kulit) , psoriasis (penyakit autoimun pada kulit) , eczema (penyakit kulit) dan jangkitan fungal pada kulit. Campuran tersebut mengandungi sifat antibakteria. Kajian dibuat untuk menilai kesan terapeutik hasil dari aplikasi topikal (setempat) kepada pesakit yang menghidap buasir atau anus terbelah.

 

Lima belas pesakit, 13 lelaki dan 2 wanita , umur pertengahan 45 tahun ( dari 28 sampai 70) , yang mempunyai  anus terbelah ( 5 pesakit) atau tahap pertama sehingga ketiga buasir ( 4 dengan tahap pertama , 4 dengan tahap kedua, 1 dengan tahap ketiga) , semuanya dirawat melalui 12 jam aplikasi dari campuran semula jadi madu , minyak zaitun dan sarang lebah dengan ratio 1:1:1.

Pendarahan, kegatalan, bengkak , erythema (kemerahan) disukat menggunakan method kiraan : 0 = tiada , 1 = mild , 2 = moderate , 3 = teruk , 4 = sangat teruk.

 

Kiraan/markah kesakitan dibuat melalui visual analog scale (minimum = 0 , maksimum = 10).

 

Keberkesanan rawatan dibuat melalui perbandingan  markah/kiraan simptom sebelum dan selepas rawatan , dalam selang seminggu sehingga maksimum 4 minggu. Pesakit-pesakit diperhatikan jika ada timbul sebarang kesan sampingan seperti munculnya tanda-tanda baru atau simptom atau simptom sedia ada menjadi lebih teruk.

 

Campuran madu sangat mengurangkan pendarahan dan mengurangkan kegatalan pada pesakit buasir. Pesakit anus terbelah pula menunjukkan pengurangan atau penurunan rasa sakit, pendarahan dan kegatalan selepas dari rawatan. Tiada kesan sampingan yang dilaporkan hasil dari penggunaan campuran tersebut.

 

Kami menyimpulkan bahawa : campuran madu, minyak zaitun dan sarang lebah adalah selamat dan secara klinikal sangat berkesan dalam merawat buasir dan anus terbelah yang mana, rawatan ini lebih membuka jalan untuk kajian yang lebih mendalam dijalankan.

 

Tarikh artikel dikeluarkan : Feb 02, 2006
Study Type : Human Study

Madu Sebagai Pemanis Yang Bertindak Menentang Bakteria

diterjemah dari sebuah artikel bebas.

 

Kalian berjumpa doktor kerana ada jangkitan , mereka menulis preskripsi agar kalian menggunakan madu , berbanding kebiasaan mereka mencadangkan penicillin atau erythromycin (jenis antibiotik).

Apakah kalian akan menerima nasihat ini? Memakan madu? Membiarkan doktor menyapu madu pada tempat atau kulit yang dikatakan mempunyai jangkitan tersebut?

Ramai orang menggunakan dan telah menggunakan madu sebagai alat rawatan sejak dahulu lagi, tapi sehingga hari ini, kita tidak pernah faham sepenuhnya bagaimana ianya merawat. Kajian yang diketuai oleh Dr. Paulus Kwakman dari University Amsterdam dan pasukannya telah mengenal pasti kunci elemen yang menjadikan madu mempunyai aktiviti antibakteria.

Bakteria menjadi semakin cepat menentang pada dadah berbanding waktu kita mengembangkannya. Madu membantu kerana ianya menjadi bilamana semua jenis dadah (ubat kimia) tidak menunjukkan kesan.

Kajian dibuat menunjukkan madu mempunyai aktiviti yang baik in vitro terhadap bakteria-menentang antibiotik.
kajian yang lama pula melaporkan – rawatan yang berjaya pada jangkitan kronik pada luka yang tidak menunjukkan apa-apa kesan dari ubatan biasa (ubatan hospital)

Jadi, bagaimana ianya berhasil? Ianya dikatakan hasil dari LIMA faktor utama.

1 – Hydrogen peroxide , sejenis bahan peluntur. Enzim madu yang dinamakan glucose oxidase  menjadi hydrogren peroxide bila madu dilarutkan di dalam air. Kita mencuci tandas dengan bleach (peluntur) dan ianya sangat bagus dalam membunuh bakteria.

2 – Gula. Madu mempunya sangat tinggi gula sehinggakan sangat sukar untuk bakteria hidup (air akan mengalir keluar dari sel bakteria disebabkan kandungan air yang sedikit di dalam madu)

3 – Methyglyoxal (MGO) , sejenis antibakteria yang dijumpai di dalam Madu manuka dari New Zealand beberapa tahun yang lepas. Ianya dijumpai di dalam madu biasa yang diternak di dalam rumah hijau , walaupun hanya dalam jumlah yang sedikit.

4 – Bee defensin 1 , sejenis protein yang dijumpai di dalam royal jelly (madu yang khas untuk ratu lebah). Ini laporan pertama yang mengenal pasti bee defensin 1 di dalam madu, yang bertindak sebagai antibiotik.

5 – Asid. Madu mempunya pH sekitar 3.5 , suasana yang berasid menurunkan atau melambatkan perkembangan bakteria.

Lima faktor ini bekerja sekali dalam menyediakan aktiviti spektrum yang luas (broad spectrum avtivity)  terhadap bacteria. Sebagai contoh , S.aureus adalah vulnerable hydrogen peroxide ,  manakala  B.subtillis  hanya dicabar /tercabar apabilaMGO dan bee defensin bekerja sekali. Madu mempunyai campuran yang tepat dalam tindakan pemusnahan yang maksimum.

Jadi, begitulah lebah membuatkan madu mereka sentiasa segar dan tanpa gangguan dari perkembangan bakteria. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini membantu kita berusaha kembali kepada ubatan tradisional atau semula jadi dalam menentang sebarang jangkitan, mengembangkan dan memperbaiki sistem semula jadi dalam membantu tubuh menentang sebarang jangkitan.

Allah pemberi penyakit dan Menyembuhkan segala penyakit.
Dari Dia datang sesuatu , kepada Dia kembali segalanya.

 

Rujukan :

1 -http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12392533

2 – http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3416123

3 – http://www.aschoonerofscience.com/recent-research/worlds-sweetest-antibiotic-the-five-ways-honey-kills-bacteria/

Madu Boleh Membantu Mengurangkan Batuk Malam Pada Kanak-Kanak

Artikel ini diterjemah dari berita reuters.

 

(Reuters Health) – Satu sudu penuh madu sebelum tidur boleh membantu anak kecil yang batuk dan ibu bapa mereka untuk tidur sepanjang malam , satu kajian memberikan pendapat.

Ibubapa juga melaporkan bahawa selepas memberikan madu pada anak mereka, batuk mereka menjadi berkurangan dan semakin kurang teruknya.

Batuk merupakan salah satu sebab anak-anak dibawa berumpa doktor, kata Dr. Ian Paul , pakar kanak-kanak dari University Negeri Pennsylvania di Hershey.

Tetapi , dia berkata , ” terapi sedia ada untuk simptom batuk dan selesema…mempunyai masalah yang mana ianya tidak begitu berkesan atau tidak berkesan langsung , dan ianya mempunyai potensi kepada kesan sampingan.”

 

Banyak produk ubat yang dikatakan melawan batuk dan selesema mempunyai tanda amaran ”tidak boleh digunakan” untuk kanak-kanak bawah empat tahun. Satu dari sebab pada pengubatan ini ialah ibubapa secara tidak sengaja memberi anak-anak terlalu banyak , atau anak-anak sendiri yang mengambil sendiri dadah tersebut.

” Bertentangan dengan pelbagai benda yang kita berikan – ubat dan pengubatan mempunyai kesan sampingan – tapi madu , sepanjang zaman ianya hampir sepenuhnya selamat,” Paul ,orang yang tidak terlibat dalam kajian terbaru , memberitahu Reuters Health.

 

Pengkaji-pengkaji dari Israel (yang sebenarnya tanah Palestin yang dirampas secara zalim) secara kasar telah memilih 300 kanak-kanak, umur dari satu sehingga lima, untuk diberikan satu dari empat rawatan batuk malam. Setengah jam sebelum waktu tidur, ibubapa memberikan anak mereka satu jenis madu dari tiga jenis madu sebanyak 10 gram – termasuklah madu eucalyptus dan madu pohonan citrus – atau sirap yang diperbuat dari kurma yang juga manisan tapi bukan madu.

 

Dari kaji selidik bertulis dan melalui telefon , ibubapa melaporkan yang simptom batuk anak-anak dan bagaimana mereka dan anak-anak mereka tidur pada waktu malam apabila mengambil madu atau ekstrak kurma , juga bagaimana mereka tidur sehari sebelumnya.
Ibubapa meletakkan setiap  simpom itu pada 7 titik skala.

Secara purata , ibubapa mulanya memberitahu tentang kekerapan dan keterukan dan masalah tidur , diletakkan pada skala 3 dan 4. Semuanya itu menjadi lebih baik pada semua kumpulan pada malam selepas mereka diberikan ubatan manisan – tapi lebih besar (lebih elok) pada kanak-kanak yang mengambil madu.

 

Markah simptom batuk dan tidur turun 2 mata, secara  purata , pada anak-anak yang memakan madu , berbanding hanya 1 mata selepas satu sudu ekstrak madu.

 

Ibubapa juga tidur lebih baik pada malam selepas anak mereka diberi rawatan madu , lapor Dr. Herman Avner Cohen dari University Tel Aviv dan pelajarnya , dilaporkan pada hari isnin di dalam Pediatrics.

Kajian mereka ditaja oleh Komiti Madu Israel. (Honey Board Israel)

Bagi Paul , disana ada beberapa penjelasan berbeza mengapa madu membantu batuk anak-anak.

”Madu sangat kaya dengan antioksida, maka itu boleh jadi sebahagian dari peranan dalam melawan apa sahaja jangkitan yang menyebabkan simptom selesema.” duga beliau .

Cohen dan pelajarnya mendapati bahawa jenis madu berbeza boleh jadi mempunyai antioksida yang berbeza – termasuklah vitamin C dan Flavonoids – dan madu yang gelap  cenderung untuk mempunyai lebih.

 

Sebagai tambahan ” di sana ada sesuatu apabila mengambil cecair yang pekat, likat dan manis yang membekalkan sedikit rasa kelegaan,” kata Paul.
Cecair yang manis menyebabkan rembesan air liur , beliau menjelaskan , yang ianya boleh menipiskan mucus dan melincirkan saluran pernafasan atas.

Paul menambah yang ibu bapa tidak patut memberikan madu pada baby , tapi ianya sesuatu yang ”berharga untuk mencuba” untuk anak-anak yang batuk.

 

SOURCE:  Pediatrics, online August 6, 2012. http://pediatrics.aappublications.org/

 

Madu dan Kayu Manis – Hasil Kajian

Madu dan Kayu Manis – siapa pernah terfikir?

 

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ”bertukar jadi gula”. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men”hablur” atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

 

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ”Ram Ban” (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

 

Ini di antara kajian dari saintis barat :

 

Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

 

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) – 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

 

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

 

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

 

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

 

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

 

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

 

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

 

Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

 

Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk – 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur – amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim – in sya allah, umur kita akan panjang)

 

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

 

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

 

Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

 

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

 

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

 

Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) – akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

 

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

 

 

Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam – madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

 

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif