Archive for the ‘Madu Molocai’ Category

Madu Molocaiviy – Мед молочаевый

Euphorbia jacquemontii

Euphorbia jacquemontii

Bunga

Nama molocaiviy ini diambil dari nama sepohon bunga bernama molocai atau nama latinnya Euphorbia (link).

Kebiasaan madu ini diambil / dituai pada bulan jun sehingga ogos.

Warna 

Warna madu kegelapan.

Rasa

Apabila madu mula diletakkan di lidah , ianya mempunyai rasa yang menyenangkan , dan ada bau-bau teh.

Penghabluran

Konsistensinya tidak sekata , hablur jenis besar-besar.

Pengagihan / Keluasan

Pohon molocai secara asasnya tumbuh di bahagian selatan Rusia , Povolzhe , di Kavkaz , Kubani , juga di Daerah Lipestkoi , di Altae. Kawasan yang paling banyak membekalkan madu jenis ini adalah dari Osetia ( Central Kavkaz).

Apitherapy (pengubatan berasaskan produk lebah/madu)

Madu Molocai digunakan dalam pengubatan penyakit berkaitan oncology (berkaitan kanser) – menghalang pertumbuhan metastasis (kanser merebak) , bagi membersihkan usus (kesan tidak terlalu kuat) , bagi pengawalseliaan metabolisma hormon seks lelaki , kronik prostatitis , adenoma prostat (kanser prostat).

Juga digunakan bagi merawat fibroid rahim ,mastitis , sebarang jenis anemia (kurang darah) ,bagi pemulihan darah selepas dari radiasi dan kemoterapi, disarankan bagi mereka yang punya leukemia. meningkatkan sistem pertahanan badan.

Madu ini juga disarankan bagi wanita yang sedang hamil.

Kandungan madu ini tinggi dengan iodin dan zat besi, kerana itu ianya disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah kalenjar tiroid.

2012-12-04 12.38.46

Advertisements