Archive for Oktober 2016

Madu Kuantiti Kecil Bagi Diabetes – Kajian Glycemic Respon Kepada Madu dan Glukosa Pada Pesakit Diabetes Type 2

Terjemahan Langsung dari Journal link
J Pak Med Assoc. 2014 Jan;64(1):69-71.
Perbandingan respon glycemic (gula) pada madu dan glukosa pada pesakit diabetes type 2.
Objektif
Untuk membandingkan kesan glycemic 75 gram dan 30 gram madu asli dalam honey tolerance test berbanding 75 gram glukosa dalam pesakit diabetes type 2.

METHOD / CARA-CARA

Kajian secara eksperimen telah dibuat di Hospital Kolej Perubatan Jinnah , Karachi dan merangkumi 97 orang pesakit diabetes type 2 yang telah datang ke Jabatan Pesakit Luar di antara Mac dan Ogos 2011. Pesakit-pesakit secara rawak dibahagikan kepada kumpulan 1 (kumpulan 75 gram madu) , kumpulan 2 ( kumpulan 30 gram madu) dan kumpulan 3 (kumpulan 75 gram glukosa.

Sampel darah ketika puasa  , selepas 1 dan 2 jam. SPSS 11 digunakan bagi analisis statistik.

Keputusan :

Dari 97 pesakit , 62 (64%) adalah wanita dan 35 (36% adalah lelaki).

Umur antara 25-68 tahun). Kenaikan purata dalam glukosa darah selepas 2 jam dalam kumpulan 2 adalah 30mg/dl , kumpulan 1 – 85 mg/dl , dan kumpulan 3 , 170 mg/dl. Perbezaan adalah ketara secara statistiknya. Respon glukosa selepas 2 jam sangat rendah dalam kumpulan 2 (p<0.001) jika dibandingkan dengan kumpulan 1 atau kumpulan 2. Perbezaan yang ketara juga dilihat di dalam kumpulan 1 dan 3 (p<0.0001).

Tahap glukosa dalam plasma darah respon kepada madu berada pada tahap tinggi ketika 60 minit dan menunjukkan penurunan mendadak berbanding penggunaan glukosa , yang mana ianya menunjukkan tindak balas glycemic  yang rendah pada madu.

Sekumpulan kecil 3 orang pesakit (10.7%) juga menunjukkan glucose lowering effect (kesan mengurangkan glukosa) selepas dos rendah madu.

Kesimpulan 

Dos rendah madu boleh menjadi pengganti gula bagi pesakit diabetes.

Advertisements

Kesan Penggunaan Madu Asli Kepada Pesakit Diabetes : Klinikal Trial Secara Rawak Selama 8 Minggu

Terjemahan Langsung dari Journal NCBI

Author information

Abstrak
Objektif :
 Kami menyiasat kesan madu asli kepada berat badan dan beberapa index biokimia di dalam darah pesakit diabetes.
Method / Cara-Cara
Empat puluh lapan orang pesakit diabetes type 2 dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan : satu kumpulan madu mengambil madu asli selama 8 minggu dan kumpulan kawalan tidak mengambil madu.
Sebelum kajian dibuat dan selepas 8 minggu , berat badan diambil dan darah diambil ketika puasa.
Keputusan :
Selepas penyesuaian kepada nilai asas , tiada perbezaan ketara dalam gula waktu puasa di antara kedua-dua kumpulan.
Berat badan , Total kolesterol  , lipoprotein ketumpatan rendah (Kolesterol LDL) dan Triglyceride menurun (P = 0.000)
Manakala lipoprotein ketumpatan tinggi (koleterol HDL) meningkat mendadak dalam kumpulan madu (P<0.01)
Level Hemoglobin A(1C) meningkat mendadak dalam kumpulan ini. (P<0.01)
Kesimpulan
Keputusan dari kajian ini menunjukkan penggunaan madu selama 8 minggu akan memberikan kebaikan dalam menurunkan berat badan dan lemak dalam darah bagi pesakit diabetes.
Bagaimanapun , peningkatan hemoglobin A(1C) yang dilihat membuatkan pengambilan madu bagi golongan penghidap diabetes ini perlu diambil secara berjaga-jaga.