Bakteria Laktik Asid Dalam Lebah Liar Boleh Melawan Jangkitan Bakteria

Sumber : News Medical , rujukan http://dx.plos.org/10.1371/journal.pone.0033188

Di dalam perut lebah madu liar penuh dengan bakteria laktik asid yang sihat yang boleh melawan jangkitan bakteria pada lebah dan manusia. Satu kerjasama dikalangan pengkaji dari tiga universiti di Sweden – Universiti Lund , Universiti Sains Pertanian Sweden dan Institut Karolinska – telah menghasilkan penemuan yang menjadi batu loncatan bagi menyelesaikan masalah kematian lebah-lebah dan antibiotik resitance (penentangan antibiotik). Pengkaji-pengkaji telah menyiarkan hasil kajian mereka di dalam jurnal saintifik PloS ONE dan legenda  jurugambar sains Professor Lennart Nilsson dari Institut Karolinska telah menggambarkan penemuan tersebut melalui imej yang unik.

Hari ini, ramai orang makan bakteria asid laktik yang sihat yang telah ditambahkan ke dalam makanan seperti yogurt.

”Dalam pengkajian kami sebelum ini , kami telah melihat pada lebah madu di Sweden. Apa yang kami telah jumpai dari kajian antarabangsa kami bahawa, mengikut sejarah , manusia dari pelbagai bangsa telah mengambil atau mengkonsumsi  campuran bakteria sihat semula jadi yang terbsar di dunia dalam bentuk madu”, kata Alejandra Vasquez , pengkaji di Universiti Lund.

Dalam madu liar dan segar , yang mana pemburu madu mengumpul dari sarang lebah dari puncak tinggi dan pohonan , di sana ada berbillion bakteri laktik asid yang sihat dari 13 jenis yang berbeza. Sebagai perbandingan dalam produk probiotik komersial yang mempunyai hanya 1-3 jenis yang berbeza – ujarnya.

 

Lebah madu telah menggunakan bakteria ini untuk lebih 80 juta tahun untuk menghasilkan dan melindungi madu mereka dan ‘roti lebih’ – bee bread (bee pollen) , yang mana mereka menghasilkan untuk memberi makan pada semua lebah dalam koloni mereka. Pengkaji juga menunjukkan bahawa bakteria laktik asid yang sihat melawan 2 dari penyakit bakteria yang paling serius yang menyerang madu lebah.

 

 

Di dalam artikel jurnal , pengkaji-pengkaji menerangkan bagaimana lebah-lebah mempunyai bakteria yang sihat ini di dalam perut madu mereka dan mereka memperolehi bakteria ini tika baru menetas dari lebah dewasa yang memberi makan mereka.  Pengkaji juga mendapati di sana terdapat mikroorganisma yang berbahaya dalam kuantiti yang besar seperti bakteria, yis, dan fungi yang dijumpai dari nektar dan pollen yang lebah kumpulkan dari bunga-bunga untuk menghasilkan madu dan bee bread.

 

 

Mikroorganisma-mikroorganisma ini boleh menghancurkan makanan melalui frementasi dan acuan dalam beberapa jam , tetapi , bakteria sihat di dalam kantung perut madu membunuh semua mikroorganisma ini.

”Seperti mana ramai orang telah belajar untuk menggunakan madu bagi mengubati sakit tekak , selsema dan luka-luka, hypothesis kami bahawa bakteria lebah yang sihat ini boleh membunuh penyakit berbahaya yang disebabkan oleh bakteria pada badan manusia.  Kami mempunyai ,preliminary , keputusan yang belum diterbitkan yang menunjukkan bahawa ini boleh menjadi bahan/alat baru bagi menggantikan antibiotik, ” kata Alejandra Vasquez.

 

The present study also shows that bees’ healthy bacteria die when beekeepers treat bees preventively with antibiotics, which primarily happens in the USA. The bees have their own defence system against disease in the form of cooperative healthy bacteria. However, this system is weakened in commercially farmed bees that are treated with antibiotics, suffer stress, eat synthetic food instead of their own honey and bee bread and are forced to fly in fields sprayed with pesticides.
“Our results provide the research community with an undiscovered key that could explain why bees are dying worldwide in the mysterious ‘colony collapse disorder'”, says Tobias Olofsson.

 

Kajian terbaru menunjukkan bahawa bakteria sihat pada lebah mati disebabkan penternak lebah memberikan antibiotik sebagai rawatan pada lebah , yang mana bermula di USA. Lebah mempunyai sistem pertahanan sendiri menentang penyakit dalam bentuk kerjasama dengan bakteria sihat. Bagaimanapun, sistem ini menjadi lemah disebabkan antibiotik yang diberikan pada mereka, menderita tekanan , memakan makanan sistetik berbanding madu mereka dan bee bread mereka dan dipaksa untuk terbang di lapangan dan padang yang disembur dengan pestisid.

 

”Keputusan hasil kajian kami membekalkan komuniti pengkaji dengan kunci yang belum dijumpai yang boleh menerangkan mengapa lebah mati dalam jumlah besar diserata dunia dalam ”colony collapse disorder” dalam bentuk yang misteri,”. kata Tobias Olofsson.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: