Kisah-kisah Yang Berkaitan Lebah dan Madu

1 – Kisah Penurunan Surah Attahrim

Ubaid Bin Amir berkata , aku mendengar Aisyah berkata : bahawa satu hari Nabi صلى الله عليه وسلم pernah singgah di rumah Zainab Binti Jahsy (salah seorang isteri baginda) dan minum madu di situ. Lalu aku dan Hafsah saling berpesan , bahawa siapa saja yang ditemui Nabi hendaklah ia berkata : sungguhnya aku mendapati darimu bau maghafir ( sejenis getah yang keluar dari pohon terntentu yang mengeluarkan bau ). Apakah kamu baru makan maghafir?.

Maka telah masuklah Nabi صلى الله عليه وسلم menemui salah seorang dari keduanya dan ia mengungkapkan kalimat itu pada baginda nabi.

Maka baginda bersabda : tidak , bahkan aku telah minum madu di sisi (di rumah) Zainab Binti Jahsy dan aku tidak akan mengulanginya ( ayat Lan bermaksud = tidak untuk selama-lama).

Setelah itu turunlah ayat : ”wahai nabi mengapa kamu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan…sehingga ayat ..jika kalian berdua bertaubat pada Allah…” yakni bermaksud Aisyah dan Hafsah. Untuk ayat ” dan…” ketika Nabi berkata rahsia pada sebahagian isterinya ”…, ianya terkait dengan sabda baginda : Bahkan aku hanya minum madu.

Sahih Bukhari – bab talaq

2 – Kisah di Medan Maa’ Ar-raji’

Ada dua suku kecil iaitu suku Udhal dan Qarrah yang memusuhi Islam dan bercita-cita untuk menyerang kota madinah.

Pada satu hari, mereka menghantar wakil ke Madinah dengan berpura-pura Islam dan memohon agar dihantar kepada suku mereka orang yang boleh mengajarkan Islam pada mereka. Permohonan mereka telah diminta oleh Nabi صلى الله عليه وسلم jaminan keselamatan terhadap utusan yang dihantar. Dengan itu, baginda telah menghantar enam orang yang diketuai oleh Asim bin Tsabit yang satu ketika di medan Uhud telah membunuh dua orang musyrikin pemegang bendera.

Apabila delegasi kecil ini sampai di tempat suku Udhal dan Qarrah, 200 tentera berkuda siap kelengkapan mengepung mereka. Berlaku pertempuran 200 orang melawan 6 orang sehinggakan 3 orang syahid dan 3 orang lagi ditawan.

Dari 6 orang wakil itu, tiada siapa yang berani menghampiri atau melawan Asim bin Tsabit. Jika didekati pasti terkena serangan dari beliau. Mereka memanah Asim dari jauh. Setelah Asim jatuh syahid, mereka menginginkan agar kepala Asim dipenggal dan ingin menebusnya dengan tawaran emas yang ditawarkan oleh Sulafah.

Semasa hidup , Asim telah bersumpah bahawa beliau tidak akan menyentuh kulit orang bukan Islam dan tidak membenarkan orang bukan Islam menyentuh kulitnya.

Ketika beliau sudah syahid , sumpahnya dikabulkan Allah. Sekumpulan lebah telah menghurung jasad Asim sehinggakan orang kafir tidak berjaya mendekatinya apatah untuk memenggal kepalanya. Mereka menunggu sehingga malam, kerana kebiasaan lebah akan kembali ke sarang pada waktu malam.

Tiba waktu malam, hujan turun dengan lebatnya sehinggakan jasad Asim dihanyutkan air hujan yang turun. Jasadnya hilang dari permukaan bumi, tidak ditemui . Peristiwa ini telah menyebabkan beliau digelar dafinullah dafinul malaikah yang bermaksud orang yang dikebumikan Allah dikebumikan oleh para malaikat.

Tiga orang sahabat lain yang ditawan telah dibawa ke Makkah untuk ditukarkan dengan orang suku Udhal dan Qarrah yang ditawan oleh orang kafir Quraisy. Dalam perjalanan, Abdullah bin Thariq berjaya melepaskan diri dari ikatan dan telah mengambil pedang menentang kumpulan yang membawanya. Penentangannya menyebabkan beliau gugur syahid.

Dengan itu, kini tinggal dua orang sahaja tawanan mereka dari kalangan sahabat , iaitu Zaid bin Dasinnah  dan Khubaib bin Adi.

Mereka diserahkan pada kafir Quraisy untuk dibunuh. Sebelum dibunuh , Zaid telah ditanyakan oleh Abu Sufyan (Presiden/Ketua Negara Makkah di waktu itu) : ” wahai Zaid , apakah kau mahu jika tempatmu sekarang ini digantikan oleh Muhammad dan kamu dilepaskan?”

Zaid berkata : ” demi Allah , aku tidak mahu walaupun Muhammad tercucuk duri di tempatnya ketika aku dibunuh di sini.”

Kemudian , Abu Sufyan memberikan pengakuan bahawa :’ ” Aku tidak pernah melihat kecintaan seorang manusia kepada manusia lain seperti sahabat-sahabat Muhammad mencintai Muhammad.”

3 – Kisah Sahabat Yang Sakit Di Dalam Perut

Telah menceritakan kepada kami Ayyas bin Alwalid telah menceritakan kepada kami Abdul A’la telah menceritakan kepada kami Sa’id dari Qatadah dari Abu almutawakkil dari Abu Sa’id bahawa seorang laki-laki datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم sambil berkata : ” Saudaraku sedang menderita sakit perut.”
Baginda bersabda : ” minumlah madu.”

Kemudian laki-laki itu datang kedua kalinya lalu baginda tetap bersabda , ” minumlah madu.”

Kemudian laki-laki itu datang ketiga kalinya lalu baginda tetap bersabda  , ” minumlah madu.”

Kemudian dia datang lagi sambil berkata : ” aku telah melakukannya.”

Maka baginda bersabda ,” Maha Benar Allah dan perut saudaramulah yang berdusta , berilah minum madu.”

Lalu dia memberinya (saudaranya) minum madu dan sembuh.

hadis riwayat Bukhari , dalam bab perubatan.

*hadis ini salah satu bukti bahawa dalam perubatan menggunakan madu , memerlukan dos yang secukupnya bagi memberikan kesan pada badan.

2 responses to this post.

  1. salam tuan mohon saya kongsikan kisah ini dalam traning dan kuliah saya

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: