Madu Koriandrovie – Madu Ketumbar

Madu ketumbar - bahagian bawah tengah-tengah

Madu ketumbar – bahagian bawah tengah-tengah , Dari atas kiri ke kanan – madu hutan, madu raznotravie , madu akasia , dari bawah kiri ke kanan – madu tatar mapel , madu ketumbar , madu kiprei (putih)

Jenis Madu – Monoflora (satu jenis bunga)

Bau – baunya berbeza dari semua jenis madu lain , tidak mudah tertukar jika diletakkan bersama madu-madu lain. Harum dan menyegarkan.

Warna – tembus cahaya , dari kuning gelap kepada coklat cerah.

Waktu Penghabluran – kebiasaan dalam jangka 2 bulan selepas diambil dari sarang , akan mula menghablur. Jenis hablur – besar-besar dan keputihan. Dalam keadaan biasa , ianya kekal cair.

Kandungan :

Glukosa – 32.25% , Fruktosa – 46.79% , kaya dengan microelement , zat besi ,tembaga , manganese, vitamin,dan  mineral.

Kandungan madunya yang tinggi fruktosa , memudahkan sistem penghadaman untuk menyerap madu ini terus kepada badan.Tinggi kandungan microelement mengekalkan keseimbangan badan . Mineral yang ada menguatkan tulang , manakala zat besi yang ada mengimbangkan kandungan darah di dalam badan.

Kegunaan dalam Perubatan

1 – Membantu proses penghadaman – meningkatkan rembesan , membaiki penghadaman , membantu membaiki perut, usus ,hati dan pankreas.

– baik dalam membaiki selera makan.

2 – Mempunyai kesan atau meningkatkan kesan pada cairan hempedu.

3 – Meningkatkan rangsangan pada sistem saraf.

– membantu merawat tekanan (stress) dan keletihan.

4 –  Membantu membaiki organ seksual.

5 – Juga dikenali sebagai antiseptik yang bersifat 1st kelas , membantu menghilangkan rasa sakit.

6 – baik untuk paru-paru. – untuk bronchial astma dan kronik bronchitis.

7 – mengimbangkan degupan jantung – boleh diambil bagi mereka yang degupan laju (tachycardia) dan extrasystole.

8 – ubat bagi yang mengalami masalah buah pinggang.

Pengambilan 

– elok diambil ketika perut sedang kosong.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: