Archive for Ogos 2012

Madu Sebagai Pemanis Yang Bertindak Menentang Bakteria

diterjemah dari sebuah artikel bebas.

 

Kalian berjumpa doktor kerana ada jangkitan , mereka menulis preskripsi agar kalian menggunakan madu , berbanding kebiasaan mereka mencadangkan penicillin atau erythromycin (jenis antibiotik).

Apakah kalian akan menerima nasihat ini? Memakan madu? Membiarkan doktor menyapu madu pada tempat atau kulit yang dikatakan mempunyai jangkitan tersebut?

Ramai orang menggunakan dan telah menggunakan madu sebagai alat rawatan sejak dahulu lagi, tapi sehingga hari ini, kita tidak pernah faham sepenuhnya bagaimana ianya merawat. Kajian yang diketuai oleh Dr. Paulus Kwakman dari University Amsterdam dan pasukannya telah mengenal pasti kunci elemen yang menjadikan madu mempunyai aktiviti antibakteria.

Bakteria menjadi semakin cepat menentang pada dadah berbanding waktu kita mengembangkannya. Madu membantu kerana ianya menjadi bilamana semua jenis dadah (ubat kimia) tidak menunjukkan kesan.

Kajian dibuat menunjukkan madu mempunyai aktiviti yang baik in vitro terhadap bakteria-menentang antibiotik.
kajian yang lama pula melaporkan – rawatan yang berjaya pada jangkitan kronik pada luka yang tidak menunjukkan apa-apa kesan dari ubatan biasa (ubatan hospital)

Jadi, bagaimana ianya berhasil? Ianya dikatakan hasil dari LIMA faktor utama.

1 – Hydrogen peroxide , sejenis bahan peluntur. Enzim madu yang dinamakan glucose oxidase  menjadi hydrogren peroxide bila madu dilarutkan di dalam air. Kita mencuci tandas dengan bleach (peluntur) dan ianya sangat bagus dalam membunuh bakteria.

2 – Gula. Madu mempunya sangat tinggi gula sehinggakan sangat sukar untuk bakteria hidup (air akan mengalir keluar dari sel bakteria disebabkan kandungan air yang sedikit di dalam madu)

3 – Methyglyoxal (MGO) , sejenis antibakteria yang dijumpai di dalam Madu manuka dari New Zealand beberapa tahun yang lepas. Ianya dijumpai di dalam madu biasa yang diternak di dalam rumah hijau , walaupun hanya dalam jumlah yang sedikit.

4 – Bee defensin 1 , sejenis protein yang dijumpai di dalam royal jelly (madu yang khas untuk ratu lebah). Ini laporan pertama yang mengenal pasti bee defensin 1 di dalam madu, yang bertindak sebagai antibiotik.

5 – Asid. Madu mempunya pH sekitar 3.5 , suasana yang berasid menurunkan atau melambatkan perkembangan bakteria.

Lima faktor ini bekerja sekali dalam menyediakan aktiviti spektrum yang luas (broad spectrum avtivity)  terhadap bacteria. Sebagai contoh , S.aureus adalah vulnerable hydrogen peroxide ,  manakala  B.subtillis  hanya dicabar /tercabar apabilaMGO dan bee defensin bekerja sekali. Madu mempunyai campuran yang tepat dalam tindakan pemusnahan yang maksimum.

Jadi, begitulah lebah membuatkan madu mereka sentiasa segar dan tanpa gangguan dari perkembangan bakteria. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini membantu kita berusaha kembali kepada ubatan tradisional atau semula jadi dalam menentang sebarang jangkitan, mengembangkan dan memperbaiki sistem semula jadi dalam membantu tubuh menentang sebarang jangkitan.

Allah pemberi penyakit dan Menyembuhkan segala penyakit.
Dari Dia datang sesuatu , kepada Dia kembali segalanya.

 

Rujukan :

1 -http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12392533

2 – http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3416123

3 – http://www.aschoonerofscience.com/recent-research/worlds-sweetest-antibiotic-the-five-ways-honey-kills-bacteria/

Advertisements

Madu Boleh Membantu Mengurangkan Batuk Malam Pada Kanak-Kanak

Artikel ini diterjemah dari berita reuters.

 

(Reuters Health) – Satu sudu penuh madu sebelum tidur boleh membantu anak kecil yang batuk dan ibu bapa mereka untuk tidur sepanjang malam , satu kajian memberikan pendapat.

Ibubapa juga melaporkan bahawa selepas memberikan madu pada anak mereka, batuk mereka menjadi berkurangan dan semakin kurang teruknya.

Batuk merupakan salah satu sebab anak-anak dibawa berumpa doktor, kata Dr. Ian Paul , pakar kanak-kanak dari University Negeri Pennsylvania di Hershey.

Tetapi , dia berkata , ” terapi sedia ada untuk simptom batuk dan selesema…mempunyai masalah yang mana ianya tidak begitu berkesan atau tidak berkesan langsung , dan ianya mempunyai potensi kepada kesan sampingan.”

 

Banyak produk ubat yang dikatakan melawan batuk dan selesema mempunyai tanda amaran ”tidak boleh digunakan” untuk kanak-kanak bawah empat tahun. Satu dari sebab pada pengubatan ini ialah ibubapa secara tidak sengaja memberi anak-anak terlalu banyak , atau anak-anak sendiri yang mengambil sendiri dadah tersebut.

” Bertentangan dengan pelbagai benda yang kita berikan – ubat dan pengubatan mempunyai kesan sampingan – tapi madu , sepanjang zaman ianya hampir sepenuhnya selamat,” Paul ,orang yang tidak terlibat dalam kajian terbaru , memberitahu Reuters Health.

 

Pengkaji-pengkaji dari Israel (yang sebenarnya tanah Palestin yang dirampas secara zalim) secara kasar telah memilih 300 kanak-kanak, umur dari satu sehingga lima, untuk diberikan satu dari empat rawatan batuk malam. Setengah jam sebelum waktu tidur, ibubapa memberikan anak mereka satu jenis madu dari tiga jenis madu sebanyak 10 gram – termasuklah madu eucalyptus dan madu pohonan citrus – atau sirap yang diperbuat dari kurma yang juga manisan tapi bukan madu.

 

Dari kaji selidik bertulis dan melalui telefon , ibubapa melaporkan yang simptom batuk anak-anak dan bagaimana mereka dan anak-anak mereka tidur pada waktu malam apabila mengambil madu atau ekstrak kurma , juga bagaimana mereka tidur sehari sebelumnya.
Ibubapa meletakkan setiap  simpom itu pada 7 titik skala.

Secara purata , ibubapa mulanya memberitahu tentang kekerapan dan keterukan dan masalah tidur , diletakkan pada skala 3 dan 4. Semuanya itu menjadi lebih baik pada semua kumpulan pada malam selepas mereka diberikan ubatan manisan – tapi lebih besar (lebih elok) pada kanak-kanak yang mengambil madu.

 

Markah simptom batuk dan tidur turun 2 mata, secara  purata , pada anak-anak yang memakan madu , berbanding hanya 1 mata selepas satu sudu ekstrak madu.

 

Ibubapa juga tidur lebih baik pada malam selepas anak mereka diberi rawatan madu , lapor Dr. Herman Avner Cohen dari University Tel Aviv dan pelajarnya , dilaporkan pada hari isnin di dalam Pediatrics.

Kajian mereka ditaja oleh Komiti Madu Israel. (Honey Board Israel)

Bagi Paul , disana ada beberapa penjelasan berbeza mengapa madu membantu batuk anak-anak.

”Madu sangat kaya dengan antioksida, maka itu boleh jadi sebahagian dari peranan dalam melawan apa sahaja jangkitan yang menyebabkan simptom selesema.” duga beliau .

Cohen dan pelajarnya mendapati bahawa jenis madu berbeza boleh jadi mempunyai antioksida yang berbeza – termasuklah vitamin C dan Flavonoids – dan madu yang gelap  cenderung untuk mempunyai lebih.

 

Sebagai tambahan ” di sana ada sesuatu apabila mengambil cecair yang pekat, likat dan manis yang membekalkan sedikit rasa kelegaan,” kata Paul.
Cecair yang manis menyebabkan rembesan air liur , beliau menjelaskan , yang ianya boleh menipiskan mucus dan melincirkan saluran pernafasan atas.

Paul menambah yang ibu bapa tidak patut memberikan madu pada baby , tapi ianya sesuatu yang ”berharga untuk mencuba” untuk anak-anak yang batuk.

 

SOURCE:  Pediatrics, online August 6, 2012. http://pediatrics.aappublications.org/

 

Madu Sebagai Antioksida

Madu mengandungi pelbagai jenis phytochemical yang menyediakan sumber kepada pemakanan antioksida. (Gheldof and Engeseth 2002 ; Gheldof et al. 2002)

 

Kandungan dan jenis antioksida ini pula bergantung sepenuhnya kepada jenis bunga yang menghasilkan madu tersebut atau jenis madu itu sendiri. Satu kajian telah dibuat oleh University of California menunjukkan pengambilan madu meningkatkan paras antioksida di dalam darah.

 

Secara umumnya, semakin gelap madu, semakin tinggi kandungan antioksida yang ia miliki.

 

Apa itu Antioksida?

Antioksida merupakan molekul yang berupaya memperlahankan atau mencegah dari proses oksidasi molekul lain. Oksidasi merupakan reaksi kimia yang menukarkan atau memindahkan elektron dari suatu kandungan kepada agen oksidasi.

Oksidasi reaksi menghasilkan radikal bebas, yang mana ia sebagai reaksi permulaan yang memusnahkan sel-sel.

Antioksida menamatkan reaksi ini dengan membuang atau memusnahkan perantara radikal bebas and mencegah reaksi oksidasi lain.

 

 

Pengaruh Oksidasi Pada Kesihatan

”The amount of antioxidants in your body is directly proportional to how long you will live.” 
– Dr. Richard Cutler, former Director of the National Institute of Aging, Washington.

Antioksida merupakan penjaga yang setia kepada sistem badan kita, ianya mencegah penyakit, dan menjadikan kesihatan badan kita pada tahap terbaik.  Antioksida ini dipercayai sebagai penjaga kepada sel-sel badan dari radikal bebas, molekul oksigen yang berbahaya yang merosakkan sel-sel – yang menyebabkan kanser (barah) , atherosklerosis , penyakit Alzheimer , dan rheumatoid arthritis, penyakit jantung , kencing manis dan pelbagai lagi jenis penyakit berbahaya pada badan.

 

Disamping itu juga, jika tanpa antioksida, proses penuaan badan akan lebih cepat. Dengan kata lain , antioksida membantu kulit dari proses penuaan , kedutan, dan memberikan wajah awet muda.

 

Antioksida juga membantu dari penyakit berkaitan otak , mudah lupa , short term memory, long term memory.