Mengapa Kami Lebih Utamakan Bayaran Guna Emas dan Perak Berbanding Kertas Ringgit?

Ramai yang bertanyakan kepada kami mengapa harga madu yang dijual di kedai kami tiada harga di dalam ringgit?

dan mengapa harga ringgit perlu dicari di laman lain berbanding harga dalam bentuk emas dan perak boleh terus diketahui dan tidak ringgit terus ditulis?

 

Dan ada yang mengatakan kami mengambil jalan kuno , zaman firaun menggunakan emas-emas ni.dan sekarang zaman elektronik , duit boleh dihantar hanya tekan telefon bimbit sahaja.

 

dan senarai pertanyaan dan pertanyaan boleh ditulis satu demi satu.

 

Maksud Wang di sisi kami

 

Sebelum menjawab pertanyaan-pertanyaan itu semua, suka kami kongsikan pandangan kami berkaitan apa maksud wang/duit kepada kami.

 

Bagi kami duit @ wang adalah sebarang bentuk barang yang digunakan sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusan lain.

 

Dan bagi kami , wang juga berfungsi sebagai

2 – pengukur nilai kerja @ keringat manusia dan barang,

3 – menjaga dan menyimpan nilai @ kuasa beli

4 – unit akaun

5 – piawaian sebagai rujukan membayar hutang

 

Jadi, sebarang bentuk barang @ benda yang mempunyai cukup sifat kesemua perkara ini , boleh dijadikan sebagai wang.

 

Jika dilihat pada sisi duit ringgit kertas , ianya mempunyai kesemua ciri tersebut, melainkan nombor 3 , ianya tidak menyimpan nilai dan kuasa beli.

 

Saya ambil contoh mudah , pada tahun 2000 , harga seekor kambing dijual pada harga RM 120-200 seekor (bergantung pada jenis dan baka) , dan hari ini , harga seekor kambing adalah dari RM 600 sehingga RM 800.

Jika disimpan RM 200 dari tahun 2000 , RM 200 tersebut hanya boleh membeli 1/4 bahagian kambing sahaja pada hari ini.

 

Ini bermakna kuasa membeli ringgit sudah berkurang sebanyak 75% dari nilai asal , atau harga barang sudah naik sekitar 300%.

 

Ambil contoh lain , seekor ayam pada tahun 2000 , harganya hanyalah sekitar RM 4-5/ekor.Pada hari ini, ayam-ayam di pasar harganya dalam lingkungan RM 10-RM 15 (bergantung pada berat)

 

Maksudnya , RM 4 yang disimpan pada tahun 2000 , hari ini hanya boleh membeli 1/2 ekor ayam sahaja.kuasa membeli sudah hilang lebih 50%.Jadi , duit kertas hari ini, tidak berjaya berfungsi sebagai duit sepenuhnya disebabkan kuasa membelinya atau nilainya semakin susut dan susut.

 

Kita ambil contoh kuasa beli untuk emas.

 

Pada tahun 2000 , harga emas di pasaran adalah RM 36/gram , dan harga 1 dinar emas (4.25 gram – 4.44 gram) harganya dalam ringgit adalah sekitar RM 140 sehingga RM 160.Dengan harga demikian , 1 dinar boleh membeli 1 ekor kambing.

 

Pada hari ini, harga emas di pasaran adalah sekitar RM 160 sehingga RM 180 – dan harga 1 dinar emas sekitar RM 160-180/gram   menjadikan 1 dinar bersamaan sekitar RM 680 sehingga RM 770.Dengan harga emas sedemikian, maksudnya, 1 dinar emas masih boleh membeli seekor kambing.Dalam masa 12 tahun , seekor kambing masih boleh dibeli dengan 1 dinar.

 

Tapi tahukah kalian , berkaitan satu hadis pada zaman Nabi , berapakah harga seekor kambing?

 

 

Dari riwayat Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah sollallahu alaihi wasalllam memberi kepadaku satu dinar dan

berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.”

Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga akudapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambingtersebut.

Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawaseekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

 Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telahaku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

 

Dengan maksud lain , harga kambing 1400 tahun yang lampau , 1 dinar juga boleh membeli 1 ekor kambing.Kuasa beli ini kekal selama 1400 tahun sehingga hari ini.Maksudnya , emas itu memang penyimpan nilai dan pengukur harga barang.

 

Kalian juga boleh cuba rujuk harga perak 12 tahun sudah dengan harga perak atau dirham pada hari ini, maka kalian juga akan mendapati bahawa perak juga mengekalkan kuasa membelinya sehingga hari ini.

 

Kes Kedua

 

Kami sebelum memulakan perniagaan, kami juga mengambil faktor sunnah.

 

Dan kami meneliti dan membaca sejarah, di sana kami mendapati, bahawa duit-duit atau wang di zaman silam , wang di zaman para Nabi adalah dari emas dan perak.

 

Pada era Nabi Yusuf Alaihissalam – duit perak digunakan sebagai wang – boleh rujuk surah yusuf – ayat 20.

Baginda Nabi Yusuf setelah dicampak ke dalam perigi oleh adik beradiknya, kemudian dijumpai oleh pedagang-pedagang yang menjual baginda dengan beberapa keping syiling dirham (perak) sahaja.

 

Selepas itu, dibawakan kepada kita kisah Ashabul kahfi , pemuda-pemuda yang beriman yang diuji Allah dengan zaman yang penuh dengan kesyirikan pada Allah , mereka ditidurkan selama lebih 300 dan ditambah 9 tahun.Mereka bangkit dari tidur , membawakan duit perak mereka yang dinamakanwariq ke pasar – surah alkahfi – ayat -19.

 

Selama 300 tahun lebih , duit perak masih kekal perak dan tidak luntur.

 

Dan kemudian , Allah sendiri menegaskan di dalam surah Ali Imran (keluarga Imran) bahawa fitrah manusia itu sukakan emas dan perak …..ayat 14.

 

Kesimpulan

 

 

Dan dilihat dari sirah Nabi Muhammad solllallahu alaihi wasallam , lebih banyak hadis dan riwayat berkaitan muamalat di zaman baginda.

 

Pembacaan dan pengetahuan tentang Nabi dan Para sahabat tidaklah membuatkan melainkan meningkatkan rasa kami untuk menghidupkan semula salah satu sunnah mereka dalam muamalat.

 

Bagi kami, cukuplah sekadar dua sebab utama di atas yang menyebabkan kami lebih mengutamakan emas dan perak sebagai bayaran kepada produk yang kami tawarkan.

 

Tiadalah niat di hati kami ingin menyusahkan atau menyukarkan manusia melainkan kami ingin sama-sama membawa kalian pada jalan sunnah terdahulu.Kami masih menerima ringgit kertas jika itu menjadi pilihan kalian , dari apabila kami mendapat kertas itu, kami tetap akan tukarkannya kepada emas @ perak in sya allah.

 

Tiada kami cintakan melainkan rasa rindu dan kasih kami pada Para Nabi dan golongan terawal , dengan kecintaan dan rindu itulah kami ingin kembalikan dan mengikuti sunnah dan perlakuan mereka dari segi kehidupan , keluarga, muamalat (bahasa hari ini ekonomi) dan seterusnya sama- sama mencari redha dan cinta Allah.

 

Semoga usaha yang kecil ini Allah permudahkan dan lancarkan urusan kami dan kalian semua.

 

Wallahu A3lam.

 

Allah sebaik-baik pemberi rezeki dan kami serahkan rezeki kami di tangan-Nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: