Madu Hutan – мед лесной

Madu hutan boleh dipanggil dengan panggilan madu kelas elit dari kalangan semua madu rusia disebabkan sifat-sifatnya pengubatannya yang unik dan rasanya yang unik.

Madu hutan di kiri bawah sekali (gelap kehitaman)

Madu hutan di kiri bawah sekali (gelap kehitaman)

Ciri-ciri


Madu hutan dikumpul atau diambil dari dalam hutan atau pinggiran hutan. Madu hutan dikumpulkan dari nektar tumbuhan bebrunga di hutan. Berikut adalah beberapa jenis tumbuhan yang menjadi sumber kepada penghasilan madu hutan : chernoklen , Linden, Abu gunung , willow , ceri , angelica , hawthorn , semanggi, strawberi , blueberi , rasperi , fireweed.

Hasil kombinasi pelbagai jenis tumbuhan inilah yang menghasilkan rasa yang halus dan agak kuat , serta aroma yang menyenangkan.

Madu hutan mempunyai banyak warna, dari kuning pusat sehingga ke coklat gelap , ianya bergantung pada jenis tumbuhan yang dominan di kawasan terbabit. Dominasi tumbuhan inilah yang akan menentukan bau madu hutan , sama ada lembut , keras , menyegarkan , atau menenangkan.

Kepelbagai kombinasi nektar tumbuhan-tumbuhan bunga inilah yang menghasilkan keunikan dalam ciri-ciri pengubatan yang digunakan turun temurun. Anda akan mendapati banyak ramuan dan resipi yang memasukkan madu hutan sebagai salah satu bahan utama. Dukun-dukun atau tabib perubatan tradisional banyak mengambil madu hutan sebagai salah satu resipi dalam memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit.

Dengan kepelbagai sumber bunga ini menyebabkan madu hutan kaya dengan vitamin ( A , B1 , B2 , B6 , c , PP , K , E) dan mikroelemen (unsur surih)

Kesan Perubatan

Madu hutan mempunyai sifat pemakanan dan pengubatan yang tinggi , ianya mempunyai kesan antibakteri , anti radang , dan analgesik.

Pengambil secara konsisten madu jenis hutan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

Madu jenis ini juga terbukti dalam perawatan penyakit saluran pernafasan. Madu hutan adalah amat berguna bagi pencegahan dan rawatan penyakit-panyakit jantung dan salur darah.

Madu ini juga sangat membantu dalam perawatan penyakit saraf dan sistem pencernaan.

Jenis madu ini mempunyai kesan yang agak kuat sebagai agen penenang , dan ianya adalah antara plihan terbaik untuk mereka yang cenderung untuk insomnia (sukar tidur). Rawatan ini termasuk mencampurkan beberapa sudu kecil madu hutan di dalam gelas kosong pada waktu malam ( waktu selepas isya – selepas matahari terbenam sepenuhnya dari kaki langit).

Bagi yang mengambil madu jenis ini secara konsisten , akan dapat dilihat dengan ketara peningkatan dari segi tahap kecergasan dan perasaan (mood) dan kurang terdedah kepada gejala kemurungan (depression).

 

Wallahu a’lam

Alhamdulillah , pujian bagi Allah yang menurunkan ubat bagi setiap penyakit bagi manusia.

 

”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..”

5 responses to this post.

  1. Posted by nak tau on November 26, 2012 at 8:42 am

    assalamualaikum tuan tanah..

    semua madu2 ni nampaknye diimport, nak tanye mcm mana ngn madu lokal? madu2 hutan local? xda kualiti ke? maaf la kalau tuan ade tulis kt mane2 artikel dlm blog tuan xde lah pulak saye terbacanye.. time kasih

    Balas

    • waalaikumussalam warahmatullah.

      madu lokal saya tidak tahu disebabkan mungkin saya sukar mendapatkan info mengenainya dan kajian2 terperinci berkaitan penyakit yang dapat diubati olehnya.

      berbanding di rusia, pelbagai jenis madu yang ada, dibuat uji kaji untuk penyakit mana lebih sesuai dalam diubati oleh jenis jenis madu tertentu.

      Bagi saya , semua jenis madu sama, asal ianya keluar dari perut lebah , in sya allah, adanya daya melawan dan mengubat penyakit bagi manusia .

      Jika tuan bukan peminat madu luar , madu malaysia kini lebih banyak pilihan , dengan pengetahuan yang sedikit saya tahu beberapa jenis madu tempatan.

      Saya hanya mempermudah urusan mereka yang sukar mendapatkan madu asli.
      Dengan sedikit pengetahuan yang Allah berikan , saya usaha mana yang mampu dalam menyebarkan kebaikan.

      Balas

      • Posted by nak tau on November 26, 2012 at 12:21 pm

        time kasih tuan tanah, saye agak obses kepada kebolehan dan barangan tempatan terutamanya bahan2 organik berdasarkan kesuburan tanah dan hutan malaysia yg sentiasa mendapat hujan dan panas sepanjang tahun tapi kebykan kehebatan tempatan ni xmendapat exposure yg baik di dalam negara sendiri.. madu asli juga payah nk dpt yg ori, jadi seronok juge kalau tuan ade membuat kajian terhadap madu hutan tempatan dan mungkin hargenye murah sedikit sbb xperlu diimport, kalau tuan bole tulis sedikit tentang madu tempatan dalam artikel tuan dan saranan harganya skali adalah amat dihargai.. sekian

        Balas

        • ia tuan.
          saya juga jenis yang sukakan barangan tempatan.
          jika untuk buahan dan makanan , majoritinya saya lebih cenderung membeli buahan tempatan.
          bumi nusantara ni bumi bertuah , hampir semua nikmat atas muka bumi ni ada di kawasan ini.

          untuk madu tempatan yang asli , rata-ratanya harga dari RM 80 sehingga 150 untuk 1 kg. ikut jenis madu , tempat , dan lebah yang hasilkan madu tersebut.

          Balas

  2. How long did it acquire u to write “Madu Hutan – мед лесной Dunia
    Madu”? It also has quite a bit of superior advice. Thx -Terri

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: