Archive for Julai 2012

Madu dan Kayu Manis – Hasil Kajian

Madu dan Kayu Manis – siapa pernah terfikir?

 

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ”bertukar jadi gula”. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men”hablur” atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

 

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ”Ram Ban” (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

 

Ini di antara kajian dari saintis barat :

 

Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

 

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) – 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

 

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

 

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

 

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

 

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

 

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

 

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

 

Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

 

Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk – 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur – amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim – in sya allah, umur kita akan panjang)

 

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

 

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

 

Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

 

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

 

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

 

Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) – akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

 

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

 

 

Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam – madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

 

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Mengapa Kami Lebih Utamakan Bayaran Guna Emas dan Perak Berbanding Kertas Ringgit?

Ramai yang bertanyakan kepada kami mengapa harga madu yang dijual di kedai kami tiada harga di dalam ringgit?

dan mengapa harga ringgit perlu dicari di laman lain berbanding harga dalam bentuk emas dan perak boleh terus diketahui dan tidak ringgit terus ditulis?

 

Dan ada yang mengatakan kami mengambil jalan kuno , zaman firaun menggunakan emas-emas ni.dan sekarang zaman elektronik , duit boleh dihantar hanya tekan telefon bimbit sahaja.

 

dan senarai pertanyaan dan pertanyaan boleh ditulis satu demi satu.

 

Maksud Wang di sisi kami

 

Sebelum menjawab pertanyaan-pertanyaan itu semua, suka kami kongsikan pandangan kami berkaitan apa maksud wang/duit kepada kami.

 

Bagi kami duit @ wang adalah sebarang bentuk barang yang digunakan sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusan lain.

 

Dan bagi kami , wang juga berfungsi sebagai

2 – pengukur nilai kerja @ keringat manusia dan barang,

3 – menjaga dan menyimpan nilai @ kuasa beli

4 – unit akaun

5 – piawaian sebagai rujukan membayar hutang

 

Jadi, sebarang bentuk barang @ benda yang mempunyai cukup sifat kesemua perkara ini , boleh dijadikan sebagai wang.

 

Jika dilihat pada sisi duit ringgit kertas , ianya mempunyai kesemua ciri tersebut, melainkan nombor 3 , ianya tidak menyimpan nilai dan kuasa beli.

 

Saya ambil contoh mudah , pada tahun 2000 , harga seekor kambing dijual pada harga RM 120-200 seekor (bergantung pada jenis dan baka) , dan hari ini , harga seekor kambing adalah dari RM 600 sehingga RM 800.

Jika disimpan RM 200 dari tahun 2000 , RM 200 tersebut hanya boleh membeli 1/4 bahagian kambing sahaja pada hari ini.

 

Ini bermakna kuasa membeli ringgit sudah berkurang sebanyak 75% dari nilai asal , atau harga barang sudah naik sekitar 300%.

 

Ambil contoh lain , seekor ayam pada tahun 2000 , harganya hanyalah sekitar RM 4-5/ekor.Pada hari ini, ayam-ayam di pasar harganya dalam lingkungan RM 10-RM 15 (bergantung pada berat)

 

Maksudnya , RM 4 yang disimpan pada tahun 2000 , hari ini hanya boleh membeli 1/2 ekor ayam sahaja.kuasa membeli sudah hilang lebih 50%.Jadi , duit kertas hari ini, tidak berjaya berfungsi sebagai duit sepenuhnya disebabkan kuasa membelinya atau nilainya semakin susut dan susut.

 

Kita ambil contoh kuasa beli untuk emas.

 

Pada tahun 2000 , harga emas di pasaran adalah RM 36/gram , dan harga 1 dinar emas (4.25 gram – 4.44 gram) harganya dalam ringgit adalah sekitar RM 140 sehingga RM 160.Dengan harga demikian , 1 dinar boleh membeli 1 ekor kambing.

 

Pada hari ini, harga emas di pasaran adalah sekitar RM 160 sehingga RM 180 – dan harga 1 dinar emas sekitar RM 160-180/gram   menjadikan 1 dinar bersamaan sekitar RM 680 sehingga RM 770.Dengan harga emas sedemikian, maksudnya, 1 dinar emas masih boleh membeli seekor kambing.Dalam masa 12 tahun , seekor kambing masih boleh dibeli dengan 1 dinar.

 

Tapi tahukah kalian , berkaitan satu hadis pada zaman Nabi , berapakah harga seekor kambing?

 

 

Dari riwayat Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah sollallahu alaihi wasalllam memberi kepadaku satu dinar dan

berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.”

Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga akudapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambingtersebut.

Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawaseekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

 Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telahaku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

 

Dengan maksud lain , harga kambing 1400 tahun yang lampau , 1 dinar juga boleh membeli 1 ekor kambing.Kuasa beli ini kekal selama 1400 tahun sehingga hari ini.Maksudnya , emas itu memang penyimpan nilai dan pengukur harga barang.

 

Kalian juga boleh cuba rujuk harga perak 12 tahun sudah dengan harga perak atau dirham pada hari ini, maka kalian juga akan mendapati bahawa perak juga mengekalkan kuasa membelinya sehingga hari ini.

 

Kes Kedua

 

Kami sebelum memulakan perniagaan, kami juga mengambil faktor sunnah.

 

Dan kami meneliti dan membaca sejarah, di sana kami mendapati, bahawa duit-duit atau wang di zaman silam , wang di zaman para Nabi adalah dari emas dan perak.

 

Pada era Nabi Yusuf Alaihissalam – duit perak digunakan sebagai wang – boleh rujuk surah yusuf – ayat 20.

Baginda Nabi Yusuf setelah dicampak ke dalam perigi oleh adik beradiknya, kemudian dijumpai oleh pedagang-pedagang yang menjual baginda dengan beberapa keping syiling dirham (perak) sahaja.

 

Selepas itu, dibawakan kepada kita kisah Ashabul kahfi , pemuda-pemuda yang beriman yang diuji Allah dengan zaman yang penuh dengan kesyirikan pada Allah , mereka ditidurkan selama lebih 300 dan ditambah 9 tahun.Mereka bangkit dari tidur , membawakan duit perak mereka yang dinamakanwariq ke pasar – surah alkahfi – ayat -19.

 

Selama 300 tahun lebih , duit perak masih kekal perak dan tidak luntur.

 

Dan kemudian , Allah sendiri menegaskan di dalam surah Ali Imran (keluarga Imran) bahawa fitrah manusia itu sukakan emas dan perak …..ayat 14.

 

Kesimpulan

 

 

Dan dilihat dari sirah Nabi Muhammad solllallahu alaihi wasallam , lebih banyak hadis dan riwayat berkaitan muamalat di zaman baginda.

 

Pembacaan dan pengetahuan tentang Nabi dan Para sahabat tidaklah membuatkan melainkan meningkatkan rasa kami untuk menghidupkan semula salah satu sunnah mereka dalam muamalat.

 

Bagi kami, cukuplah sekadar dua sebab utama di atas yang menyebabkan kami lebih mengutamakan emas dan perak sebagai bayaran kepada produk yang kami tawarkan.

 

Tiadalah niat di hati kami ingin menyusahkan atau menyukarkan manusia melainkan kami ingin sama-sama membawa kalian pada jalan sunnah terdahulu.Kami masih menerima ringgit kertas jika itu menjadi pilihan kalian , dari apabila kami mendapat kertas itu, kami tetap akan tukarkannya kepada emas @ perak in sya allah.

 

Tiada kami cintakan melainkan rasa rindu dan kasih kami pada Para Nabi dan golongan terawal , dengan kecintaan dan rindu itulah kami ingin kembalikan dan mengikuti sunnah dan perlakuan mereka dari segi kehidupan , keluarga, muamalat (bahasa hari ini ekonomi) dan seterusnya sama- sama mencari redha dan cinta Allah.

 

Semoga usaha yang kecil ini Allah permudahkan dan lancarkan urusan kami dan kalian semua.

 

Wallahu A3lam.

 

Allah sebaik-baik pemberi rezeki dan kami serahkan rezeki kami di tangan-Nya.

Madu – Kekuatan Menyembuh

Madu Asli – yang masih belum dipasteurkan atau dipanaskan , yang secara kasarnya diambil terus dari sarangnya – merupakan khazanah pemakanan berharga dan berguna dalam kaedah perubatan. Ianya mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral dan merupakan ubat semula jadi yang berkesan, sama ada digunakan secara dalaman atau luaran.

Jika mahu disenaraikan kelebihan madu ini akan menjadi senarai yang sangat panjang.

Madu meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan kandungan hemoglobin dan menyembuhkan atau mencegah anemia (kurang darah) yang disebabkan oleh faktor pemakanan;  membantu radang sendi ( arthritic joints) apabila diambil bersama cuka sari apel : melawan selesema dan jangkitan pada sistem pernafasan ; membantu dalam menggalakkan penyembuhan ulser perut-usus ; bekerja secara semula jadi dan ubat julap yang lembut ,  membantu mereka yang sukar buang air besar , alahan dan kegemukan ; memperlengkap kandungan vitamin dan mineral ; membekalkan tenaga segera tanpa peningkatan mendadak insulin yang disebabkan oleh gula putih.

Ramai yang mendapati bahawa madu asli membantu pada kesan postif yang dihasilkan pada yang mempunyai alahan dan hay fever , dan satu atau dua sudu teh pada waktu malam membantu pada pengidap insomnia.

Sebagai antiseptik , madu merupakan agen yang mengeluarkan racun dari gigitan atau sengatan atau luka berjangkit dan merupakan merupakan antibiotik dalam merawat ulser perut, gangrene , jangkitan luka pembedahan , pemotongan pembedahan ; dan melindungi cantuman  kulit (skin graft), kornea , saluran darah dan tulang ketika dalam penyimpanan dan penghantaran.

Madu Asli secara dalamannya sangat efektif sebagai anti bakteria dan parasit. Madu itu sendiri merupakan antibiotik semulajadi yang membantu membunuh mikrob secara terus. Madu , apabila digunakan pada luaran, akan mempercepatkan proses penyembuhan pada tisu yang rosak disebabkan jangkitan kuman dan/atau kecederaan. Ianya mempunyai vitamin, mineral dan enzim, juga gula ringkas , yang semuanya diperlukan dalam membantu penyembuhan luka.

Dr. Cass Igram, D.O di The Survivors’s Nutritional Pharmacy

”dalam kepesatan pembangunan zaman moden, para saintis dan doktor sudah mula melihat dan membongkar rahsia keberkesanan madu dalam merawat dan menyembuhkan luka. Tahun belakangan, madu telah digunakan secara efektif dalam klinik bagi merawat ulser sebesar penumbuk (buku lima/genggaman) yang menembusi sehingga tulang, juga membantu pada mereka yang mempunyai lecuran tahap satu, dua dan tiga. Penyembuhan sepenuhnya telah dlaporkan tanpa memerlukan cantuman kulit dan tanpa sebarang jangkitan mahupun kehilangan otot.

Ianya boleh diaplikasikan dengan kuasa penyembuhan yang tinggi mentutupi kawasan luka/lecuran tersebut dengan kain balutan yang steril dan ditukar setiap hari. Apabila luka bersih, madu membantu sebagai penyembuh. Prosedut yang sama juga dibuat pada jangkitan pada luka , ulcer dan impetigo (penyakit kulit berjangkit).

Dr. Peter Molan, professor biokimia di Universiti Waikato , New Zealand, merupakan orang utama dalam projek research selama 20 tahun. Beliau merupakan ketua di Projek penyelidikan madu universiti, yang diiktiraf diperingkat dunia pada kepakaran mereka dalam memeperinci sifat antimikrob yang ada pada madu. Pemerhatian pada klinik dan pengajian pada peringkat experiment telah mengesahkan bahawa madu sangat berkesan dengan mempunyai sifat antibakteria dan anti radang. Yang mengkagumkan, ianya mengeluarkan nanah , kuping kudis dan tisu mati dari luka tanpa rasa sakit , serta menggalakkan pertumbuhan tisu baru.

” percubaan secara rawak menunjukkan madu lebih berkesan dalam mengawal jangkitan pada luka terbakar berbanding silver sulfadiazine, cairan antibakteria yang digunakan secara meluas pada luka terbakar di hospital-hospital.” terang Dr. Molan.

Dr. Molan percaya bahawa jika madu digunakan dari mula pada kes septicemia, pasti akan jauh berkurangnya tisu yang rosak.

”kebolehan madu yang istimewa dalam mengurangkan radang/bengkak dan mencuci radikal bebas menyebabkan berhentinya tisu rosak dari terus berkembang seperti yang ia lakukan pada lecuran , dalam masa yang sama menghalang dari sebarang jangkitan untuk berkembang. Hari ini , orang kembali pada madu hanya apabila tiada apa yang boleh membantu , tetapi ini boleh menjadi asas yang kuat dalam mengembalikan madu sebagai ubat pada tingkat pertama.”

Pengkaji-pengkaji yakin bahawa potensi madu sebagai ubat secara kasarnya sangat dipandang rendah. Dengan peningkatkan terhadap penggunaan terapi alternatif dan dengan peningkatan bakteria yang tahan antibiotic semakin merbak , madu mungkin akhirnya akan diterima sebagai tanda mengiktiraf kuasanya dalam menyembuhkan luka.

Sebenarnya, ia berhasil. Madu menjadikan luka steril , tidak sakit dan dressing yang efektif. Digunakan secara direct pada luka, lecuran, terbakar dan tutupnya dengan kain pembalut. Keputusannya akan lebih cepat berbanding penggunaan perubatan moden.

Madu juga berkesan pada penyakit yang berkaitan pernafasan. Seorang doktor Bulgarian telah membuat kajian pada 18,000 pesakit dan mendapati bahawa ianya mengubati pesakit kronik bronkitis (radang bronkit tahap kronik) , asthmatic bronchitis, kronik dan allergi rhinitis dan sinusitis. Ianya rawatan yang berkesan pada selesema, kesejukan , jangkitan pernafasan dan penurunan sistem imun. Gula menyebabkan imun sistem lemah manakala madu merangsang semula imun sistem berfungsi semula.

Di sini beberapa cara diperturunkan untuk menggunakan madu dalam proses rawatan :

LECUR/TERBAKAR – sapu madu pada tempat lecur.Ianya menyejukkan, menghilangkan sakit dan membantu mempercepatkan penyembuhan tanpa parut. Menjadi antibiotik dan bakteria tidak boleh hidup di dalam madu.

KENCING MALAM – satu sudu teh madu sebelum tidur membantu menahan air dan menenangkan ketakutan pada anak-anak.
SUKAR TIDUR – satu sudu madu dicampur susu suam membantu tidur dan cara kerja.

HYPERAKTIF : gantikan semua penggunaan gula putih kepada madu. Madu putih sangat merangsang tanpa sebarang kandungan makanan berkualiti. Madu membekalkan tenaga.

KELETIHAN : masukkan sesudu ke dalam air kosong atau 1/4 madu banding air ke dalam cawan dan simpan di dalam peti. Madu merupakan fruktose dan glucosa, maka ianya sangat cepat diserap oleh sistem perncernaan. Madu merupakan penstabil semula jadi yang unik.  Atlet Yunani kuno mengambil madu untuk stamina sebelum memulakan pertandingan.

PEMBERSIH MUKA : Sapukan madu pada wajah , dan biarkan selama setengah jam dan basuh. baik untuk merawat jerawat dan kotoran yang tidak disukai.
MASALAH PENGHADAMAN : campurkan madu dengan kuantiti yang sama dengan cuka apel dan larutkan dalam air. Baik untuk sendi dan membantu mengurangkan berat.

MASALAH RAMBUT : campurkan madu dengan minyak zaitun , dan sapukan pada kepala, basuh rambut selepas 1/2 jam.  Membantu menyerikan rambut dan kehilangan rambut.

SAKIT TEKAK : minum sesudu madu dan biarkan ianya di dalam mulut dengan menelan sedikit demi sedikit. Ianya mengurangkan bengkak pada tisu.

TEKANAN –  madu dalam air merupakan alat penenang , menurunkan yang tinggi dan meninggikan yang rendah. ratio madu dan air 1:4

ANEMIA (kurang darah) – Madu mengkayakan kandungan darah paling bagus dengan meningkatkan kandungan kospuskel. Semakin gelap madu, semakin banyak mineral yang dimiliki.

OSTEOPOROSIS (tulang rapuh) – Kajian menunjukkan sesudu madu setiap hari membantu penggunaan kalsium secara optimum dan menghalang osteoporosis –  boleh dicuba bagi yang berumur 50 tahun ke atas.

UMUR PANJANG – kebanyakan orang yang berumur panjang adalah yang menggunakan madu secara tetap. Satu fakta yang menarik, bahawa penternak lebah madu lebih sedikit yang mendapat kanser dan radang sendi berbanding kesemua kerjaya yang ada di dunia.

Migren (sakit kepala) – masukkan sesudu besar madu kedalam separuh gelas air. Minum tika sakit datang dan ulang setiap 20 minit. in sya allah membantu.

Konjunktivitis (radang mata) – cairkan madu di dalam air suam dengan ratio yang sama. bila ianya sejuk , jadikan sebagai ubat mata.

Batuk  – campurkan madu , lemon dan air rebusan kayu manis. kacaukan dan minum apabila diperlukan.

Allah sebagai Penyembuh , Pemberi Penyakit.

Bismillahirrahmanirrahim.

——————————–

Diolah semula dari sumber asal – Kelly Joyce Neff

Harga Produk

Untuk mengetahui harga produk setiap satu jenis , boleh lawati

https://duniarahsiamadu.wordpress.com/harga-produk/

** untuk harga Ringgit Malaysia – kalian boleh rujuk harga 5 dirham nubex di laman tertera.

http://www.nubex.com.my/product_info.php?products_id=1120

dari harga itu, kalian boleh berkira-kira mana yang lebih baik bagi kalian.

Madu Untuk Bayi Bawah 12 bulan

Antara persoalan yang sering ditanyakan oleh ibu bapa hari ini adalah berkaitan makanan tambahan untuk bayi mereka.

Ini termasuklah , apakah anak-anak ini boleh makan madu?

Apa ada pada Madu?

Bagi masyarakat muslim , keyakinan pertama berkaitan madu adalah ianya mempunyai ubat bagi pelbagai jenis penyakit yang dideritai manusia.

”…..dari perutnya (lebah) itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia...” – surah lebah , ayat 67.

Dari Ibnu Abbas R.A. dari Rasulullah S.A.W. : ”Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal : berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. HR. Shahih Bukhari.

Pegangan ini menjadi keyakinan akar umbi di kalangan masyarakat Islam.

Madu juga merupakan antara tradisi bagi masyarakat ketamadunan Yunani , Yahudi , Cina, dan Hindu. Ini tercatat di pelbagai kitab-kitab perubatan mereka yang menjadi antara rujukan perubatan moden pada hari ini.

Kaitan Madu dan bayi

Bayi yang berumur  kurang 1 tahun , sistem penghadamannya (usus) dilihat masih kurang berkembang. Perkembangan ini termasuklah kesukaran untuk memproses makanan yang kompleks.

Maka, bagi bayi yang kurang dari 1 tahun, makanan terbaik baginya adalah susu ibu , kerana susu ibu mempunyai khasiat terbaik bagi bayinya, mengandungi sesmua sekali ciri-ciri yang diperlukan bagi perkembangan bayi.

Mengikut kajian perubatan moden , madu merupakan antara ubat yang paling sedikit kesan sampingan.

Dan kesan sampingan ini sangat-sangat jarang dilihat pada majoriti besar populasi manusia.

Bagi sesetengah keadaan atau tempat , pengambilan madu bagi anak-anak berumur kurang 1 tahun boleh mengakibatkan penyakit botulism , yang mengakibatkan keracunan pada bayi.

Keracunan ini boleh mengakibatkan  lemah otot ( bayi akan kurang menyusu dan kurang aktif , wajah lesu) dan kesukaran pernafasan , kesukaran berak , hilang selera makan.

Penyakit ini (botulism) dikatakan berpunca dari sistem penghadaman bayi yang masih belum matang.

Bagi yang berumur 1 tahun dan ke atas , bakteria semula jadi di dalam usus dan sistem penghadaman yang matang menghasilkan keadaan berasid yang cukup untuk melawan toksik yang dihasilkan oleh bakteria ini.

Bagaimana Botulism membiak?

Madu mungkin mengandui spora botulism yang boleh membawa kepada keracunan. Di sebahagian tempat di Amerika dimana beberapa tempat dikenal pasti dengan nisbah yang tinggi madunya tercemar dengan spora botulism  disebabkan keadaan tanah atau suasana yang kotor.

Tanah atau tumbuhan yang mempunyai spora ini akan dibiakkan atau melekat pada lebah atau melekat di sarang lebah dimana kawasan atau populasi lebah mengambil dan mengumpulkan nektar.

Di Britain pula , dalam tempoh 30 tahun belakangan , terdapat 11 kes botulism pada bayi yang dicatat. Kes yang jarang tetapi berbahaya.

Di Rusia pula, doktor kanak-kanak juga menyarankan agar madu tidak diberi pada bayi kurang 1 tahun disebabkan dua faktor – botulism dan allergi/alahan , walaupun belakangan ini jarang sekali penyakit ini merebak dikalangan kanak-kanak tetapi ianya menjadi sebagai asbab untuk pencegahan awal.

Alahan ini termasuklah mengakibatkan bengkak-bengkak di mata dan ruam di badan , dan beberapa lain jenis sakit disebabkan alahan ini.

Bagi doktor @ pengamal perubatan moden di Malaysia, sebahagiannya juga melarang ibu ibu dari memberikan madu kepada bayi mereka disebabkan faktor-faktor yang disebut.

Kami masih tiada maklumat penuh berkaitan botulism di Malaysia.

Kesimpulan

Kes botulism pada bayi ini sangat-sangat jarang sebenarnya tetapi kita masih boleh berhati-hati , manakala reaksi allergy juga sangat-sangat jarang walaupun ada.

Untuk botulism , jika kalian (ibu-ibu) merasakan bayi kalian tidak cukup kuat , cukuplah sekadar kalian ibu-ibu mengamalkan madu sehari-hari, dan bayi kalian cukup sekadar minum susu kalian. Susu dari ibu yang mengamalkan madu juga cukup membantu tumbesaran bayi.

Jika kalian yakin dengan peniaga/pembekal madu yang kalian dapati dari kawasan yang tidak mempunyai pencemaran ini, kalian boleh memberikan pada bayi kalian. Ini lebih membantu dalam menguatkan badan bayi kalian.

Tambahkan keyakinan itu dengan membaca ayat ini 3 kali semasa pemberian madu pada anak-anak

 بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

, in sya allah , Allah akan pelihara kalian dari sebarang kemudaratan.

Bagi penyakit alahan pula , jika kalian (ibu bapa) mempunyai alahan/allergy pada sesuatu , juga boleh elakkan dari mengambil madu.

Sebaiknya, cuba dahulu buat kali pertama pada bayi kalian , jika didapati adanya tanda-tanda alahan pada bayi kalian , elakkan pemberian secara terus pada mereka,  sebaliknya, ibu-ibu amalkan dahulu madu , dan bayi kalian minum susu terus dari kalian. Pemberian pada bayi ini cukup dengan suapan 1-2 jari telunjuk setiap hari.

Wallahu alam.

Allah pemberi dan penyembuh penyakit , kita berusaha melalui jalan-jalan yang diberikannya.

Madu Hutan – мед лесной

Madu hutan boleh dipanggil dengan panggilan madu kelas elit dari kalangan semua madu rusia disebabkan sifat-sifatnya pengubatannya yang unik dan rasanya yang unik.

Madu hutan di kiri bawah sekali (gelap kehitaman)

Madu hutan di kiri bawah sekali (gelap kehitaman)

Ciri-ciri


Madu hutan dikumpul atau diambil dari dalam hutan atau pinggiran hutan. Madu hutan dikumpulkan dari nektar tumbuhan bebrunga di hutan. Berikut adalah beberapa jenis tumbuhan yang menjadi sumber kepada penghasilan madu hutan : chernoklen , Linden, Abu gunung , willow , ceri , angelica , hawthorn , semanggi, strawberi , blueberi , rasperi , fireweed.

Hasil kombinasi pelbagai jenis tumbuhan inilah yang menghasilkan rasa yang halus dan agak kuat , serta aroma yang menyenangkan.

Madu hutan mempunyai banyak warna, dari kuning pusat sehingga ke coklat gelap , ianya bergantung pada jenis tumbuhan yang dominan di kawasan terbabit. Dominasi tumbuhan inilah yang akan menentukan bau madu hutan , sama ada lembut , keras , menyegarkan , atau menenangkan.

Kepelbagai kombinasi nektar tumbuhan-tumbuhan bunga inilah yang menghasilkan keunikan dalam ciri-ciri pengubatan yang digunakan turun temurun. Anda akan mendapati banyak ramuan dan resipi yang memasukkan madu hutan sebagai salah satu bahan utama. Dukun-dukun atau tabib perubatan tradisional banyak mengambil madu hutan sebagai salah satu resipi dalam memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit.

Dengan kepelbagai sumber bunga ini menyebabkan madu hutan kaya dengan vitamin ( A , B1 , B2 , B6 , c , PP , K , E) dan mikroelemen (unsur surih)

Kesan Perubatan

Madu hutan mempunyai sifat pemakanan dan pengubatan yang tinggi , ianya mempunyai kesan antibakteri , anti radang , dan analgesik.

Pengambil secara konsisten madu jenis hutan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

Madu jenis ini juga terbukti dalam perawatan penyakit saluran pernafasan. Madu hutan adalah amat berguna bagi pencegahan dan rawatan penyakit-panyakit jantung dan salur darah.

Madu ini juga sangat membantu dalam perawatan penyakit saraf dan sistem pencernaan.

Jenis madu ini mempunyai kesan yang agak kuat sebagai agen penenang , dan ianya adalah antara plihan terbaik untuk mereka yang cenderung untuk insomnia (sukar tidur). Rawatan ini termasuk mencampurkan beberapa sudu kecil madu hutan di dalam gelas kosong pada waktu malam ( waktu selepas isya – selepas matahari terbenam sepenuhnya dari kaki langit).

Bagi yang mengambil madu jenis ini secara konsisten , akan dapat dilihat dengan ketara peningkatan dari segi tahap kecergasan dan perasaan (mood) dan kurang terdedah kepada gejala kemurungan (depression).

 

Wallahu a’lam

Alhamdulillah , pujian bagi Allah yang menurunkan ubat bagi setiap penyakit bagi manusia.

 

”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..”