Madu Cernoklenoviy – Мед Чернокленовый – Madu Tatar Maple

Madu chernoklen di kiri atas sekali.

Madu chernoklen di kiri atas sekali.

Madu Cernoklenoviy mempunyai ulasan yang babagus dari kalangan penggemarnya dan dimasukkan dalam satu jenis madu yang terbaik. Madu jenis ini dikumpulkan dari April sehingga Mei ,bersama bunga Chernoklen (Tatar Maple).

Kandungan madu ini tinggi dengan vitamin dan mineral.
Warnanya dari kuning cerah sehingga coklat cerah.

Di dalam perubatan rakyat , ianya digunakan sebagai ubat bagi membantu pemulihan selepas bersalin (beranak). Ianya mempunya terapi membantu mengubati luka dantindakan menghilangkan/mengurangkan sakit (analgesic) , membantu dalam penyakit hati (hepatitis- radang hati) , dan batu karang (renal stones).

ianya mempunya tindakan diuretic (paksa kencing)  , analgesic , dan sedativ (pelali).

Dari kalangan penggemar madu ( di Rusia) , madu ini antara yang dipandang tinggi dikalangan penggemarnya , dan ianya adalah dari jenis madu yang jarang-jarang.

Madu chernoklen ini dibuat oleh lebah dengan pengumpulan nektar dari bunga chernoklen dan dikumpulkan semasa bulan April-Mei.

Apakah chernoklen? 

Ia adalah jenis pohonan renek , kepunyaan keluarga maple , nama lain baginya – Tartar Maple.Pohon ini banyak didapati dari kawasan selatan Rusia, bahagian Caucasus dan kawasan Eropah barat. Ianya tumbuh liar dalam semak dan pinggir hutan.
Nektar-nektar banyak diperoleh ketika musim bunga.

Sifat-sifat asas Madu Chernoklen

Pertama – ianya jenis madu yang gelap.

Warnanya berbeza-beza dari coklat muda sehingga lebih gelap. Jenis madu ini yang cerah mempunyai biasan cahaya ungu.

Bau madu ini agak kuat dan rasanya yang kuat dan sedikit masam bersama dengan pengakhiran yang panjang dan lembut. Konsistensinya seperti minyak.

Kandungan utama madu ini yang mempunyai kandungan fruktosa yang dominan – lebih dari 50% fructosa. Manakala kandungan glukosanya hanya sekitar 30% , menjadikan madu ini sesuai diberikan kepada pesakit kencing manis. Ketika mana perubatan masih belum diambang kemodenan , madu ini banyak digunakan sebagai agen penyembuhan luka dan untuk pemulihan selepas bersalin.

Madu ini digunakan secara meluas dalam mengubati pelbagai jenis penyakit.

Keberkesanan madu ini membantu dalam merawat penyakit berkaitan saluran kencing , buah pinggang , dan batu karang (nephrolitiasis).

Ianya juga membantu dalam meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dan meningkatkan kecergasan badan.

Cara Penggunaan

1 – Untuk pemakanan – dimakan begitu sahaja ( satu sudu satu hari) , boleh dijadikan air minuman , dimasukkan dalam masakan.

2 – Untuk pengubatan luka – sapukan madu ini pada bahagian luka dan dibiarkan.

3 – Bagi rawatan penyakit – bagi penyakit dalaman – campurkan dengan air kosong (jauhkan menggunakan air panas) , minum air madu 30 minit sebelum makan berat , bangun pagi dan 30 minit – 1jam sebelum tidur.

Tempoh rawatan – tidak kurang 2 bulan , diambil setiap hari. in sya allah, sembuh.

4 – Bagi pesakit kencing manis jenis 2 – ambil madu ini sebelum mengambil makanan , dan hindari gula biasa dalam diet seharian. in sya allah , ianya membantu. (selain madu ini, madu akasia juga boleh menjadi diet utama pesakit kencing manis)

Wallahu a’lam.
Pada Allah kita yakin akan wahyunya yang menyebut madu itu ubat bagi manusia.
Allahu robbi.

2 responses to this post.

  1. Posted by nurul ashikin on Jun 22, 2012 at 10:32 pm

    Akak nak beli madu chernoklen.0196228133.ada nt sms akak

    Balas

  2. Hello! I just would like to offer you a big thumbs up for your great information you have
    right here on this post. I’ll be coming back to your web site for more soon.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: