Madu dan Manusia

1 – Pengertian Madu

Madu adalah cairan manis yang dihisap lebah dari pelbagai jenis nektar (sukrosa) bunga/ pucuk daun , dimasukkan ke dalam perut lebah , kemudian ianya diproses oleh lebah menjadi madu melalui proses enzim diastase , menjadi pelbagai jenis gula yang disebut glucose dan fructose. Proses ini memberi pelbagai jenis vitamin A, B, C termasuk folik asid. Madu juga mempunyai sifat antibiotik semula jadi , dan enzim katalase yang mampu mematikan bakteria , juga kaya dengan antioksidan.

2 – Mengapa Madu sangat  baik untuk digunakan/dimakan oleh bayi , remaja , dewasa dan orang berumur?

Ini kerana, madu mempunyai pelbagai vitamin , antibiotik dan antioksida. Bayi yang meminum madu secara rutin , tubuhnya akan tahan terhadap serangan penyakit, bayi lebih bertenaga dan cerdas kerana kandungan  folic asid yang kaya di dalamnya.

3 – Mengapa madu sangat baik untuk ubat mata dan katarak?

berkaitan ini, akan dimasukkan di dalam artikel mendatang in sya allah.

4 – Madu dan Semut

i – mengapa semut tidak menghampiri madu?

Kerana di dalam madu masih ada zat-zat yang tidak disukai semut (zat volatil/zat yang mudah meruap) , zat ini biasanya juga terdapat pada madu yang baru diprodukka/dihasilkan.

ii – mengapa semut menghampiri madu?

a – kerana zat-zat yang tidak disukai semut sudah hilang sehingga yang tersisa dalam madu hanya zat gula sahaja ( sukrosa , fruktosa dan glucosa) dan biasanya terdapat pada madu yang sudah lama dihasilkan.

b – atau madu tersebut adalah madu sintetik yang dibuat oleh manusia yang terdiri dari zat pemanis atau gula dan air.

** ada ketika, sarang lebah sendiri dihurungi semut.

5 – Madu Kristalilasi/menghablur – Mengapa Madu mengkristal?

Kerana kandungan glukosa lebih tinggi dibandingkan kandungan fruktosa.
bagi penderita kencing manis, disarankan minum madu yang mengandungi kandungan fruktosa yang ebih tinggi dari kandungan glukosanya , atau penderita diabetes sebaiknya meminum madu yang tidak mengkristal.

( contoh – akasia)

Nektar mengandungi :

a – sukrosa (gula pasir/tebu)

b – fruktosa (gula buah)

c – glukosa (gula darah)

d – enzim diastase

Glukosa – memerlukan insulin dalam tubuh manusia.

Fruktosa – tidak menggunakan insulin dalam tubuh manusia.

Sebaiknya , pengidap diabetes , mencari madu yang mempunya kandungan fruktosa yang tinggi atau yang kekal cair (tidak mengkristal)  sebagi ubat penyakit.

Sumber : Pak Lebah Pramuka

 

Wallahu a’lam

Alhamdulillah , pujian bagi Allah yang menurunkan ubat bagi setiap penyakit bagi manusia.

 

”Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: