Madu Kiprei

Kiprei , biasa digelar Ivan Cai ” teh merah” . Bunga ini biasa menjadi rumput atau lalang pertama yang muncul di kawasan lot tanah yang masih kosong. Sejenis tumbuhan yang agak tinggi , kadang-kadang membesar lebihtinggi dari seorang lelaki.

-untuk melihat jenis pohon –

1 – sini

2 – sini

Bunganya merah jambu gelap, besar dan apikalnya membentuk seperti jambakan berus yang panjang. Kiprei tumbuh secara meluas di seluruh zon Rusia selain keliling kawasan laut hitam. Lebah melawat tumbuhan ini tidak keadaan cuaca 24-26’C dan kelembapan udara sekitar 40-50%

Bila dan  Di mana Mekar

Bunga ini mekar dari bulan Jun hingga Ogos. Meluas di seluruh kawasan selain zon tanah hitam. Ia tumbuh di kawasan lapang , di hutan , di kawasan terbakar , paya gambut , di sepanjang landasan kereta api dan lebuh raya , disepanjang tepi saluran saliran. dan biasa membentuk semak berterusan. Tumbuhan yang sudah berbunga akan dilawat oleh lebah secara aktif. Mempunyai kandungan herba yang tinggi. Bergantung pada keadaan cuaca , satu hektar tumbuhan ini boleh menghasilkan di antara 300 kg – 600 kg madu. Madu tumbuhan ini menjadi madu utama bagi kebanyakan tempat.

Warna dan Penghabluran

Madu ini berbentuk cecair air jelas, dengan sedikit warna kehijauan . Biasa menghablur (crystalized) dengan cepat dan membentuk menjadi seperti bijiran salji yang berwarna putih , dan kadang membentuk seperti krim (losen muka) atau bentuk lemak. Apabila dipanaskan, seri warna kekuningan.

Rasa dan Bau

Mempunyai aroma yang menyenangkan , bau yang halus dan rasa yang tinggi. Madu ini sangat manis dan lembut tika dirasa dan tatkala lebur di dalam mulut, jenis madu amatur yang diminati ramai.

Ciri-ciri perubatannya:

Madu ini kaya dengan mineral , vitamin dan antioksidan. Baik dalam menggantikan gula halus, bagi membetulkan masalah kesihatan.

Bagi perubatan tibet sebagai contoh, ianya digunakan pada penyakit membran mukus dan kulit.

Dalam perubatan tradisional Rusia, ianya digunakan dalam jangka panjang dan secara meluas dalam merawat tumor malignan, gastrik ulser dan ulser duodenum , sakit tekak, sakit kepala, penyakit saraf ,adenoma prostat , radang prostat , diatesis , psoriasis dan penyakit wanita.  Ianya juga membantu dalam rawatan sifilis dan gonorrhoea.

Ianya juga digunakan sebagai ejen sedatif , anti radang, dan pada lapisan perut yang mempunyai kadar keasidan yang tinggi, ulser gastrik dan duodenum. Membantu merawat sembelit, penyakit kronik organ dalaman.

Madu ini merangsang darah dan meningkatkan sifat pelindung organisma (immune sistem) . Jika dilarutkan di dalam air suam – mempunyai kesan yang baik untuk insomnia dan sakit kepala, menormalkan aktiviti usus , berguna pada ibu-ibu yang menyusukan.

Sangat bagus dan berguna bagi lelaki , disyorkan untuk pelbagai penyakit kalenjar prostat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: