Madu Molocaiviy – Мед молочаевый

Euphorbia jacquemontii

Euphorbia jacquemontii

Bunga

Nama molocaiviy ini diambil dari nama sepohon bunga bernama molocai atau nama latinnya Euphorbia (link).

Kebiasaan madu ini diambil / dituai pada bulan jun sehingga ogos.

Warna 

Warna madu kegelapan.

Rasa

Apabila madu mula diletakkan di lidah , ianya mempunyai rasa yang menyenangkan , dan ada bau-bau teh.

Penghabluran

Konsistensinya tidak sekata , hablur jenis besar-besar.

Pengagihan / Keluasan

Pohon molocai secara asasnya tumbuh di bahagian selatan Rusia , Povolzhe , di Kavkaz , Kubani , juga di Daerah Lipestkoi , di Altae. Kawasan yang paling banyak membekalkan madu jenis ini adalah dari Osetia ( Central Kavkaz).

Apitherapy (pengubatan berasaskan produk lebah/madu)

Madu Molocai digunakan dalam pengubatan penyakit berkaitan oncology (berkaitan kanser) – menghalang pertumbuhan metastasis (kanser merebak) , bagi membersihkan usus (kesan tidak terlalu kuat) , bagi pengawalseliaan metabolisma hormon seks lelaki , kronik prostatitis , adenoma prostat (kanser prostat).

Juga digunakan bagi merawat fibroid rahim ,mastitis , sebarang jenis anemia (kurang darah) ,bagi pemulihan darah selepas dari radiasi dan kemoterapi, disarankan bagi mereka yang punya leukemia. meningkatkan sistem pertahanan badan.

Madu ini juga disarankan bagi wanita yang sedang hamil.

Kandungan madu ini tinggi dengan iodin dan zat besi, kerana itu ianya disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah kalenjar tiroid.

2012-12-04 12.38.46

Kelebihan Madu Dalam Menurunkan Berat Badan

Kebaikan madu dapat dilihat dari program pengurangan berat badan. Jika kalian cuba untuk menghilangkan atau mengurangkan berat badan , madu mampu memberikan bantuan yang besar kepada kalian. Tetapi sebelum ktia beralih dan menceritakan perihal madu dalam menurunkan berat badan , kita perlu memberikan sedikit komentar berkaitan keperihatinan orang ramai terhadap madu.

 

Ramai orang bertanya : bukankah madu ni jenis gula? adakah ianya akan menambah sebarang berat? bukankah kalori dalam madu akan menidakkan usaha mengurangkan berat badan?

 

Kalian benar – madu mengandungi gula , tetapi berbeza dengan gula proses , madu mengandungi vitamin dan mineral juga. Dalam keadaan normal , untuk menghadam gula,  vitamin dan mineral yang tersimpan di dalam badan akan digunakan , menjadikan badan kehilangan/susut nutrien ini. Nutrien ini sangat penting untuk melarutkan/membubarkan/menceraikan lemak-lemak dan kolesterol. Kerana itu jika kalian makan terlalu banyak gula , berat badan kalian akan cenderung untuk meningkat bukan disebabkan kalori yang ada, tetapi disebabkan tiada vitamin dan mineral. Berbeza dengan madu , madu adalah sumber terbaik dalam membekalkan nutrien yang diperlukan bagi mengurangkan berat badan.

 

 

Madu dan Air Suam : kebiasaannya , lemak akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan , yang biasanya meningkatkan berat badan. Madu membuatkan lemak-lemak yang tersimpan ini digunakan. Apabila lemak ini dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian kalian , kalian akan melihat penurunan sedikit demi sedikit berat dan tahap kegemukan kalian.

Resipi  : 2 sudu madu dicampur dengan 4 sudu air suam.

- tempoh pengambilan  – pengambilan secara berterusan sekurang-kurang 6 bulan, setiap hari.

1 –    Diminum pada waktu pagi ketika tiada makanan lain yang masuk.

2 – Minum 30 minit sebelum makan berat. (cukup sekadar 1 sudu teh)

 

Madu dan Jus Lemon – Madu membantu dalam mengurangkan berat badan apabila diminum bersama air suam dan jus lemon.

Resipi : campurkan 2 sudu besar madu dengan segelas Jus Lemon ( jus lemon dibuat sama ada diperah buahnya sehingga airnya keluar ataupun dikisarkan bersama isinya dan dicampurkan madu selepas siap dikisar).

1 – Diminum pada waktu pagi setiap hari. – amalkan sekurang-kurangnya 4 bulan , untuk keputusan lebih baik , 6-8 bulan.  Apabila sudah mencapai berat badan yang disukai , tidak perlu berhenti, boleh diteruskan pengambilan. Ianya akan mengekalkan berat badan pada tahap sihat. (tidak gemuk , tidak pula terlalu kurus)

 

Madu dan Kayu manis : Resipi lain yang berguna adalah serbuk kayu manis bersama madu dan air suam.

Resipi : 1 sudu serbuk kayu manis + 1 sudu madu + 1 cawan kecil air suam , gaulkan biar ianya menjadi sekata.

 

Minum pada waktu

1 – perut sedang kosong , awal pagi

2 – sejam sebelum makan

3 – malam sekitar sejam sebelum tidur

 

Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

 

—————————————————————–

Madu juga membantu sistem penghadapan, maka ianya membantu dalam pengurangan berat badan. Jika terlebih makan, ambil madu selepas makan.

 

Kebanyakan orang akan berhenti makan makanan untuk mengurangkan berat badan. Berhati-hati dengan amalan ini.

Jika kalian tidak cukup makan makanan (yang mana termasuk kalori , vitamin , mineral, fiber) – sistem imun kalian akan menjadi lemah.
Program penguranngan berat badan perlu fokus pada mengurangkan jumlah kalori dan bukan pada berhenti pengambilannya. Tambahan lagi , kalian perlu meningkatkan pengggunaaan kalori harian dengan senaman secara tetap.

 

Campuran Madu , Minyak Zaitun dan Sarang Lebah Selamat dan Berkesan Untuk Buasir dan Anus Terbelah

Abstract Title:

 Keberkesanan dan Keselamatan dalam pengurusan buasir dan Anus terbelah (anal fissure) menggunakan campuran madu, minyak zaitun dan sarang lebah.

 

Sumber Abstrak :  ScientificWorldJournal. 2006 Feb 2;6:1998-2005. PMID: 17369999

 

Penulis :

Noori S Al-Waili, Khelod S Saloom, Thia N Al-Waili, Ali N Al-Waili

Kajian :

 Kami telah mendapati bahwa campuran madu, minyak zaitun dan sarang lebah adalah berkesan dalam merawat diaper dermatitis ( radang kulit) , psoriasis (penyakit autoimun pada kulit) , eczema (penyakit kulit) dan jangkitan fungal pada kulit. Campuran tersebut mengandungi sifat antibakteria. Kajian dibuat untuk menilai kesan terapeutik hasil dari aplikasi topikal (setempat) kepada pesakit yang menghidap buasir atau anus terbelah.

 

Lima belas pesakit, 13 lelaki dan 2 wanita , umur pertengahan 45 tahun ( dari 28 sampai 70) , yang mempunyai  anus terbelah ( 5 pesakit) atau tahap pertama sehingga ketiga buasir ( 4 dengan tahap pertama , 4 dengan tahap kedua, 1 dengan tahap ketiga) , semuanya dirawat melalui 12 jam aplikasi dari campuran semula jadi madu , minyak zaitun dan sarang lebah dengan ratio 1:1:1.

Pendarahan, kegatalan, bengkak , erythema (kemerahan) disukat menggunakan method kiraan : 0 = tiada , 1 = mild , 2 = moderate , 3 = teruk , 4 = sangat teruk.

 

Kiraan/markah kesakitan dibuat melalui visual analog scale (minimum = 0 , maksimum = 10).

 

Keberkesanan rawatan dibuat melalui perbandingan  markah/kiraan simptom sebelum dan selepas rawatan , dalam selang seminggu sehingga maksimum 4 minggu. Pesakit-pesakit diperhatikan jika ada timbul sebarang kesan sampingan seperti munculnya tanda-tanda baru atau simptom atau simptom sedia ada menjadi lebih teruk.

 

Campuran madu sangat mengurangkan pendarahan dan mengurangkan kegatalan pada pesakit buasir. Pesakit anus terbelah pula menunjukkan pengurangan atau penurunan rasa sakit, pendarahan dan kegatalan selepas dari rawatan. Tiada kesan sampingan yang dilaporkan hasil dari penggunaan campuran tersebut.

 

Kami menyimpulkan bahawa : campuran madu, minyak zaitun dan sarang lebah adalah selamat dan secara klinikal sangat berkesan dalam merawat buasir dan anus terbelah yang mana, rawatan ini lebih membuka jalan untuk kajian yang lebih mendalam dijalankan.

 

Tarikh artikel dikeluarkan : Feb 02, 2006
Study Type : Human Study

Madu Koriandrovie – Madu Ketumbar

Madu ketumbar - bahagian bawah tengah-tengah

Madu ketumbar – bahagian bawah tengah-tengah , Dari atas kiri ke kanan – madu hutan, madu raznotravie , madu akasia , dari bawah kiri ke kanan – madu tatar mapel , madu ketumbar , madu kiprei (putih)

Jenis Madu – Monoflora (satu jenis bunga)

Bau – baunya berbeza dari semua jenis madu lain , tidak mudah tertukar jika diletakkan bersama madu-madu lain. Harum dan menyegarkan.

Warna – tembus cahaya , dari kuning gelap kepada coklat cerah.

Waktu Penghabluran – kebiasaan dalam jangka 2 bulan selepas diambil dari sarang , akan mula menghablur. Jenis hablur – besar-besar dan keputihan. Dalam keadaan biasa , ianya kekal cair.

Kandungan :

Glukosa – 32.25% , Fruktosa – 46.79% , kaya dengan microelement , zat besi ,tembaga , manganese, vitamin,dan  mineral.

Kandungan madunya yang tinggi fruktosa , memudahkan sistem penghadaman untuk menyerap madu ini terus kepada badan.Tinggi kandungan microelement mengekalkan keseimbangan badan . Mineral yang ada menguatkan tulang , manakala zat besi yang ada mengimbangkan kandungan darah di dalam badan.

Kegunaan dalam Perubatan

1 – Membantu proses penghadaman – meningkatkan rembesan , membaiki penghadaman , membantu membaiki perut, usus ,hati dan pankreas.

- baik dalam membaiki selera makan.

2 – Mempunyai kesan atau meningkatkan kesan pada cairan hempedu.

3 – Meningkatkan rangsangan pada sistem saraf.

- membantu merawat tekanan (stress) dan keletihan.

4 –  Membantu membaiki organ seksual.

5 – Juga dikenali sebagai antiseptik yang bersifat 1st kelas , membantu menghilangkan rasa sakit.

6 – baik untuk paru-paru. – untuk bronchial astma dan kronik bronchitis.

7 – mengimbangkan degupan jantung – boleh diambil bagi mereka yang degupan laju (tachycardia) dan extrasystole.

8 – ubat bagi yang mengalami masalah buah pinggang.

Pengambilan 

- elok diambil ketika perut sedang kosong.

Madu Sebagai Pemanis Yang Bertindak Menentang Bakteria

diterjemah dari sebuah artikel bebas.

 

Kalian berjumpa doktor kerana ada jangkitan , mereka menulis preskripsi agar kalian menggunakan madu , berbanding kebiasaan mereka mencadangkan penicillin atau erythromycin (jenis antibiotik).

Apakah kalian akan menerima nasihat ini? Memakan madu? Membiarkan doktor menyapu madu pada tempat atau kulit yang dikatakan mempunyai jangkitan tersebut?

Ramai orang menggunakan dan telah menggunakan madu sebagai alat rawatan sejak dahulu lagi, tapi sehingga hari ini, kita tidak pernah faham sepenuhnya bagaimana ianya merawat. Kajian yang diketuai oleh Dr. Paulus Kwakman dari University Amsterdam dan pasukannya telah mengenal pasti kunci elemen yang menjadikan madu mempunyai aktiviti antibakteria.

Bakteria menjadi semakin cepat menentang pada dadah berbanding waktu kita mengembangkannya. Madu membantu kerana ianya menjadi bilamana semua jenis dadah (ubat kimia) tidak menunjukkan kesan.

Kajian dibuat menunjukkan madu mempunyai aktiviti yang baik in vitro terhadap bakteria-menentang antibiotik.
kajian yang lama pula melaporkan – rawatan yang berjaya pada jangkitan kronik pada luka yang tidak menunjukkan apa-apa kesan dari ubatan biasa (ubatan hospital)

Jadi, bagaimana ianya berhasil? Ianya dikatakan hasil dari LIMA faktor utama.

1 – Hydrogen peroxide , sejenis bahan peluntur. Enzim madu yang dinamakan glucose oxidase  menjadi hydrogren peroxide bila madu dilarutkan di dalam air. Kita mencuci tandas dengan bleach (peluntur) dan ianya sangat bagus dalam membunuh bakteria.

2 – Gula. Madu mempunya sangat tinggi gula sehinggakan sangat sukar untuk bakteria hidup (air akan mengalir keluar dari sel bakteria disebabkan kandungan air yang sedikit di dalam madu)

3 – Methyglyoxal (MGO) , sejenis antibakteria yang dijumpai di dalam Madu manuka dari New Zealand beberapa tahun yang lepas. Ianya dijumpai di dalam madu biasa yang diternak di dalam rumah hijau , walaupun hanya dalam jumlah yang sedikit.

4 – Bee defensin 1 , sejenis protein yang dijumpai di dalam royal jelly (madu yang khas untuk ratu lebah). Ini laporan pertama yang mengenal pasti bee defensin 1 di dalam madu, yang bertindak sebagai antibiotik.

5 – Asid. Madu mempunya pH sekitar 3.5 , suasana yang berasid menurunkan atau melambatkan perkembangan bakteria.

Lima faktor ini bekerja sekali dalam menyediakan aktiviti spektrum yang luas (broad spectrum avtivity)  terhadap bacteria. Sebagai contoh , S.aureus adalah vulnerable hydrogen peroxide ,  manakala  B.subtillis  hanya dicabar /tercabar apabilaMGO dan bee defensin bekerja sekali. Madu mempunyai campuran yang tepat dalam tindakan pemusnahan yang maksimum.

Jadi, begitulah lebah membuatkan madu mereka sentiasa segar dan tanpa gangguan dari perkembangan bakteria. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini membantu kita berusaha kembali kepada ubatan tradisional atau semula jadi dalam menentang sebarang jangkitan, mengembangkan dan memperbaiki sistem semula jadi dalam membantu tubuh menentang sebarang jangkitan.

Allah pemberi penyakit dan Menyembuhkan segala penyakit.
Dari Dia datang sesuatu , kepada Dia kembali segalanya.

 

Rujukan :

1 -http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12392533

2 – http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3416123

3 – http://www.aschoonerofscience.com/recent-research/worlds-sweetest-antibiotic-the-five-ways-honey-kills-bacteria/

Madu Boleh Membantu Mengurangkan Batuk Malam Pada Kanak-Kanak

Artikel ini diterjemah dari berita reuters.

 

(Reuters Health) – Satu sudu penuh madu sebelum tidur boleh membantu anak kecil yang batuk dan ibu bapa mereka untuk tidur sepanjang malam , satu kajian memberikan pendapat.

Ibubapa juga melaporkan bahawa selepas memberikan madu pada anak mereka, batuk mereka menjadi berkurangan dan semakin kurang teruknya.

Batuk merupakan salah satu sebab anak-anak dibawa berumpa doktor, kata Dr. Ian Paul , pakar kanak-kanak dari University Negeri Pennsylvania di Hershey.

Tetapi , dia berkata , ” terapi sedia ada untuk simptom batuk dan selesema…mempunyai masalah yang mana ianya tidak begitu berkesan atau tidak berkesan langsung , dan ianya mempunyai potensi kepada kesan sampingan.”

 

Banyak produk ubat yang dikatakan melawan batuk dan selesema mempunyai tanda amaran ”tidak boleh digunakan” untuk kanak-kanak bawah empat tahun. Satu dari sebab pada pengubatan ini ialah ibubapa secara tidak sengaja memberi anak-anak terlalu banyak , atau anak-anak sendiri yang mengambil sendiri dadah tersebut.

” Bertentangan dengan pelbagai benda yang kita berikan – ubat dan pengubatan mempunyai kesan sampingan – tapi madu , sepanjang zaman ianya hampir sepenuhnya selamat,” Paul ,orang yang tidak terlibat dalam kajian terbaru , memberitahu Reuters Health.

 

Pengkaji-pengkaji dari Israel (yang sebenarnya tanah Palestin yang dirampas secara zalim) secara kasar telah memilih 300 kanak-kanak, umur dari satu sehingga lima, untuk diberikan satu dari empat rawatan batuk malam. Setengah jam sebelum waktu tidur, ibubapa memberikan anak mereka satu jenis madu dari tiga jenis madu sebanyak 10 gram – termasuklah madu eucalyptus dan madu pohonan citrus – atau sirap yang diperbuat dari kurma yang juga manisan tapi bukan madu.

 

Dari kaji selidik bertulis dan melalui telefon , ibubapa melaporkan yang simptom batuk anak-anak dan bagaimana mereka dan anak-anak mereka tidur pada waktu malam apabila mengambil madu atau ekstrak kurma , juga bagaimana mereka tidur sehari sebelumnya.
Ibubapa meletakkan setiap  simpom itu pada 7 titik skala.

Secara purata , ibubapa mulanya memberitahu tentang kekerapan dan keterukan dan masalah tidur , diletakkan pada skala 3 dan 4. Semuanya itu menjadi lebih baik pada semua kumpulan pada malam selepas mereka diberikan ubatan manisan – tapi lebih besar (lebih elok) pada kanak-kanak yang mengambil madu.

 

Markah simptom batuk dan tidur turun 2 mata, secara  purata , pada anak-anak yang memakan madu , berbanding hanya 1 mata selepas satu sudu ekstrak madu.

 

Ibubapa juga tidur lebih baik pada malam selepas anak mereka diberi rawatan madu , lapor Dr. Herman Avner Cohen dari University Tel Aviv dan pelajarnya , dilaporkan pada hari isnin di dalam Pediatrics.

Kajian mereka ditaja oleh Komiti Madu Israel. (Honey Board Israel)

Bagi Paul , disana ada beberapa penjelasan berbeza mengapa madu membantu batuk anak-anak.

”Madu sangat kaya dengan antioksida, maka itu boleh jadi sebahagian dari peranan dalam melawan apa sahaja jangkitan yang menyebabkan simptom selesema.” duga beliau .

Cohen dan pelajarnya mendapati bahawa jenis madu berbeza boleh jadi mempunyai antioksida yang berbeza – termasuklah vitamin C dan Flavonoids – dan madu yang gelap  cenderung untuk mempunyai lebih.

 

Sebagai tambahan ” di sana ada sesuatu apabila mengambil cecair yang pekat, likat dan manis yang membekalkan sedikit rasa kelegaan,” kata Paul.
Cecair yang manis menyebabkan rembesan air liur , beliau menjelaskan , yang ianya boleh menipiskan mucus dan melincirkan saluran pernafasan atas.

Paul menambah yang ibu bapa tidak patut memberikan madu pada baby , tapi ianya sesuatu yang ”berharga untuk mencuba” untuk anak-anak yang batuk.

 

SOURCE:  Pediatrics, online August 6, 2012. http://pediatrics.aappublications.org/

 

Madu Sebagai Antioksida

Madu mengandungi pelbagai jenis phytochemical yang menyediakan sumber kepada pemakanan antioksida. (Gheldof and Engeseth 2002 ; Gheldof et al. 2002)

 

Kandungan dan jenis antioksida ini pula bergantung sepenuhnya kepada jenis bunga yang menghasilkan madu tersebut atau jenis madu itu sendiri. Satu kajian telah dibuat oleh University of California menunjukkan pengambilan madu meningkatkan paras antioksida di dalam darah.

 

Secara umumnya, semakin gelap madu, semakin tinggi kandungan antioksida yang ia miliki.

 

Apa itu Antioksida?

Antioksida merupakan molekul yang berupaya memperlahankan atau mencegah dari proses oksidasi molekul lain. Oksidasi merupakan reaksi kimia yang menukarkan atau memindahkan elektron dari suatu kandungan kepada agen oksidasi.

Oksidasi reaksi menghasilkan radikal bebas, yang mana ia sebagai reaksi permulaan yang memusnahkan sel-sel.

Antioksida menamatkan reaksi ini dengan membuang atau memusnahkan perantara radikal bebas and mencegah reaksi oksidasi lain.

 

 

Pengaruh Oksidasi Pada Kesihatan

”The amount of antioxidants in your body is directly proportional to how long you will live.” 
– Dr. Richard Cutler, former Director of the National Institute of Aging, Washington.

Antioksida merupakan penjaga yang setia kepada sistem badan kita, ianya mencegah penyakit, dan menjadikan kesihatan badan kita pada tahap terbaik.  Antioksida ini dipercayai sebagai penjaga kepada sel-sel badan dari radikal bebas, molekul oksigen yang berbahaya yang merosakkan sel-sel – yang menyebabkan kanser (barah) , atherosklerosis , penyakit Alzheimer , dan rheumatoid arthritis, penyakit jantung , kencing manis dan pelbagai lagi jenis penyakit berbahaya pada badan.

 

Disamping itu juga, jika tanpa antioksida, proses penuaan badan akan lebih cepat. Dengan kata lain , antioksida membantu kulit dari proses penuaan , kedutan, dan memberikan wajah awet muda.

 

Antioksida juga membantu dari penyakit berkaitan otak , mudah lupa , short term memory, long term memory.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.